Showing posts with label Hobbies. Show all posts
Showing posts with label Hobbies. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

Untuk Kita Pendosa

Penat aku cari buku ni kat bookstore semalam...tak jmpa!! *penat la sangat..cari kat mph je punn* aku buat keputusan untuk beli online je..online price: RM 18x2 - 10% + shipping lebih kurang RM40..mahal sikit la tapi aku rasa berbaloi sebab tak perlu penat2 round satu bookstore *boleh jimat 3jam* plus akan dapat signature dari Hilal Asyraf! best,kan? XD minggu depan sampai laaaa.... waaaaaahhh....tak sabar lagi nak balik kampung...

With Love,


PS: Credit to LangitIlahi

Monday, March 5, 2012

Percubaan Felt Craft

Assalamualaikum...
Korang tau apa yang aku buat Jumaat malam minggu lepas? aku mereka2 apa yang aku perlu buat dengan kain 30sen yang aku beli..fikir punya fikir, aku try buat felt craft berbentuk bantal, donut dan bunga kemboja..sayangnya bunga kemboja tak jadi..selamat masuk bakul sampah pun..ahaha..dengan kain 30sen, aku dapat ni:

[Bantal dan donut perisa pandan coklat :D]

Comel, tak?? tu pun ade kain lebih..tak termasuk lagi kain yang aku bazir-bazirkan..sangat berbaloi-baloi.. ;) atas donut tu, aku tengok kosong sangat, aku jahitkan manik guna lebihan manik baju raya tahun lepas..fiber dalam bantal dan donut tu pulak, aku curi dari opin! mentang2 la ade zip, senang je nak curi,kan?? hukhuk..makin kurus la Opin ku...ni untuk test je..lain kali, beli fiber lebih...pulang balik kat Opin,k? :D

[Opin - Nampak familiar,kan?? :D]

Aku tengah kira-kira budget + kerajinan aku..insyaAllah..kalau takde aral, aku akan masukkan felt craft ni dalam goodies bag vvip aku..bentuk yang mana? kita tunggu dan lihat je,k? ^_^

PS: Jom lunch! lepas lunch, aku singgah jap kat blog korang,k.. :)

With Love,

Friday, March 2, 2012

Survey Felt

Harini aku mulakan kerja2 aku mencari dan survey kain felt..aku ada jumpa kedai menjual felt murah berhampiran flat aku..idea2 felt ni,semua dari zawatil isqi aka penggemar barang2 comey; secomel orangnya.. ^_^

Sebenarnya aku masih ketandusan idea mencari doorgift untuk vip..so,mana2 idea yang datang,aku amik dan layankan aje..by the end of the day, aku akan compare dan pilih yang mana paling menarik dan menjimatkan..felt bukan satu cara yang menjimatkan, tapi sangat comel!!! eee...terasa gatal je tangan ni nak buat..huu..jangan ikut hati,ain..kira budget dulu,okay! berjimat cermat selagi yang boleh..cayok2!

Korang tau ape yang aku beli setelah setengah jam membebel kat situ?


[3helai = 30sen]

Ahaha..kesian akak tu kena layan aku pastu untung 30sen je.. :D customer is always rite...kan3? Beli sikit dulu untuk percubaan..rasa2 boleh buat, baru proceed..yeay! ;p korang ade idea lain,tak? jom share dengan aku.. :)

With Love,

Tuesday, February 21, 2012

Lata Hammer Schedule

InsyaAllah Sabtu ni kalau takde aral, aku join camping di Lata Hammer..lebih kurang dalam 11 orang yang join aktiviti ni..Lata Hammer ni terletak di Bentong Pahang..nama je Pahang, tapi sejam lebih je dari KL..Lata Hammer dikenali sebagai Air Terjun Batu 7 oleh penduduk setempat..sangat tak sabar tunggu weekend ni..jom usha gambar2 Lata Hammer dan schedule kami di sana.. ;)





(25/02/2012 - Sabtu)
08:30am - Meet up at Petronas Taman Melati + Breakfast
09:30am - Gerak ke Bentong
11:00am - Gerak dari SOS camp ke Lata Hammer
12:00pm - Sampai Lata Hammer+ pasang khemah
01:00pm - Lunch - nasi bungkus / megi
05:00pm - Minum Petang - kopi panas + biskut
05:30pm - Ready for BBQ
08:00pm - BBQ

(26/02/2012 - Ahad)
08:00am - Breakfast roti + sardin + cucuq ikan bilis
09:00am - Aktiviti bebas
11:30am - Masak lunch - nasi + ayam goreng + cendawan
02:00pm - Turunkan khemah + packing
02:30pm - Gerak pulang ke KL

Dari research yang aku buat, kat sini memang banyak pacat..musuh ketat aku dari zaman sekolah lagi (selain lintah)..so,aku kena bersiap sedia dalam medan pertempuran ni..ingat ain! JANGAN MENJERIT..sekian.. :D

With Love,

Saturday, October 22, 2011

Nak Tukar Template

Aku terfikir nak tukar template blog ni..bukan sebab dah bosan..aku sangat suka warna..design dia..tak pernah jemu memandang...tapi.....hurm...

Template ni sebenarnya adalah hasil kerja tangan someone..dia sangat beria2 nak tolong aku buat template mengikut taste aku..walaupun idea, gambar header, warna dan sebagainya adalah datang dari aku..tapi disebabkan terlalu banyak memori...kadang2 aku sampai rase malas nak tengok..lagipun gambar dan file tersimpan dalam server dia..aku tak nak blog ni bergantung pada mana2 pihak..aku nak kontrol 100% by myself..

Okay dah abis cerita..aku sebenarnya terbekenan tema android kat gmail..warna hijau + putih dan kelabu gelap..kalau boleh, nak buat ala2 camtu gak..tapi masih nak kekalkan gambar pokok + budak main buai kat header tu sebagai trademark..kalau korang ade nak kenal sape2 yang rajin buat layout, sila cadangkan pada aku..kalau dia boleh tolong buatkan watermark pon lagi baik..blog lain sume dah ade watermark pada gambar2..aku je yang masih ketinggalan zaman..huuu...


[Android yang comel]


PS: Jasa baik korang amatlah dihargai..thanks! :)

With Love,

Thursday, July 28, 2011

Manique Project 1

Setelah lebih kurang 2 minggu aku bertungkus lumus menyiapkan projek ni..sangat banyak dugaan..dengan kerja ofis yang melambak..hari-hari balik lewat..dengan gangguan emosi..mane tak nye..selain ingin cuba something yang baru, aku masuk kelas manik disebabkan si dia..hurmmm...sudah, laaa..perkara yang lepas,jangan dikenang.. *tapi terkenang jugak..aih!*

Dengan izin Allah, aku dah siapkan final touch up semalam..Alhamdulillah..insyaAllah tuan punye badan akan amik harini.. :) happy.....toksah cakap,la...tambah2 happy bila ade yang memuji semalam..dia suruh aku bukak kedai! *blush* huu..belum sampai masanya lagi...insyaAllah satu hari nanti..doakan aku,ye! ;)


[Leher: Complete!]


[Lengan: Complete!]

PS: Belum kira berapa nak amik..nanti2,la..duit...duit...datang la pada kuuuu... ;p

Alhamdulillah..

Thursday, June 23, 2011

Upper-atmospheric Lightning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Dalam perkongsian ilmu harini, aku nak share dengan korang satu lagi ciptaan Allah swt yang sangat menarik iaitu Kilat atau Lightning... wahhhh....sangat lama tak berkongsi ilmu dengan korang...rindu waktu aktif blogging duluuuuuuu..ehemmmm....serious2!

Kilat yang aku nak share ni bukan sebarang kilat..kilat ini bukan yang biase kita tengok sebelum hujan tu..ia berlaku di sebelah atas atmosfera dan dinamakan Upper-atmospheric Lightning (UAL)..Terdapat pelbagai jenis UAL, dalam pelbagai keadaan dan pelbagai bentuk..sebelum kita mengenali satu per satu UAL ni, jom kita tengok gambar dulu:


Upper-atmospheric Lightning
(Credit to Wikipedia)

Orait..berdasarkan gambar di atas, kilat yang biase kita nampak apabila kita berada di muka Bumi berlaku di bahagian Troposfera..Manakala UAL ni akan berlaku di antara bahagian Stratosfera hingga Termosfera..ada di antara UAL ini boleh nampak dengan mata kasar dan ada yang tidak..kat sini aku ringkaskan serba sedikit mengenai ketiga-tiga jenis UAL:

1) Blue Jet

Blue Jet akan meluncur ke atas dengan kelajuan 100 km/s sehingga jarak 40 - 50 km dari puncak awan ke bahagian Stratosfera..warnanya sangat cerah kebiru-biruan..Blue Jet dapat dilihat dengan mata kasar..kalau korang nak tengok pun, jarak selamat korang adalah 200 - 300 km dari Blue Jet..korang boleh check di ELF untuk mengetahui cara-cara selamat melihat Blue Jet dan Sprite.

2) Sprite

Ketinggian Sprite boleh mencecah 70 - 80 km..ia hanya akan mengambil masa 1/100 saat sahaja untuk satu-satu Sprite itu berlaku..kebiasaannya Sprite berwarna merah-jingga atau hijau atau biru..Sprite terjadi disebabkan kilat kuat yang biasanya terjadi semasa kejadian ribut petir.. tetapi peratusan terjadinya Sprite sangat rendah iaitu kurang dari 10% sahaja..kebiasaannya Sprite berlaku sangat pantas dan dalam keadaan malap..ini menyukarkan kita melihat Sprite dengan mata kasar..walaupun sukar, tak mustahil kita boleh nampak.. ;)


Sprite
(Credit to Wikipedia)

3) Elves

Nama Elves sebenarnya diambil dari Emissions of Light and Very Low Frequency Perturbations from Electromagnetic Pulse Sources..walaupun kecerahan Elves dan Sprite lebih kurang, kita tak boleh melihat Elves dengan mata kasar..ini disebabkan Elves terlalu laju dengan kelajuan lebih kurang 1/1000 saat..Elves berwarna merah dan berbentuk seperti donut (yum2).. ketinggian Elves lebih kurang 95 - 100 km dan boleh membentuk donut sebesar 160 km dalam ukuran diameternya dan boleh berkembang sehingga 400 km..sangat besar!!

Video Sprites dan Blue Jets
(Credit to Youtube)

Tu jela buat masa ni...kalau ade information lain yang korang nak tambah atau perbetulkan di sini, jangan segan untuk berkongsi dengan aku..kita sama-sama menimba ilmu..kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh la mencari buku-buku mengenai UAL ni..ataupun tanye Encik Google.. ;) Wassalam...

Caution!! Untuk keselamatan, sila berada di dalam rumah atau bangunan ketika hujan dan ribut petir berlaku..penulis tidak akan bertanggungjawab di atas segala kemalangan yang berlaku.. ;)


Rujukan:
Sky-fire, Wikipedia

With Love,

Friday, October 8, 2010

Moai : Penunggu Pulau Easter

Salam..

Harini, takde ape yang special..ain just buat rutin harian di rumah cam biase dan menyiapkan kerja2 yang terbengkalai : INI..banyak lagi yang tak siap..so, malam ni memang kene stay up buat keje...kalau boleh nak siapkan cepat sebelum dapat kerja.. (bos..sabar,k..aku tengah bertungkus lumus, ni...)

Sambil2 nak ambik mood sambung keje, jom kita buat perkongsian ilmu sikit..ain nak share dengan korang salah satu bende pelik di dunia...sebelum ni ain ade kupas mengenai Stonehenge...harini kita bincang pulak mengenai Penunggu Pulau Easter..


[Hensem tak aku?ngeh3..]

Pulau Easter adalah salah satu pulau yang paling terpencil di dunia.. pulau ini telah ditemui oleh seorang pengembara belanda lebih kurang 1200 tahun dahulu.. ketika pengembara belanda tiba, Pulau Easter tidak mempunyai pokok yang tinggi, mempunyai tanah yang tidak subur untuk tanaman, tiada tumbuhan untuk dijadikan makanan..


[Menikmati matahari terbenam...]

Yang ada ketika itu cuma ribuan tikus mondok dan penduduk yang separa kebuluran.. apa yang menarik mengenai pulau Easter ni adalah Moai; Patung Pulau Easter.. Moai terletak 2,400 batu dari pantai Chile dan 1,400 batu dari pulau lain yang berdekatan..


[Lebih kurang 600 Moai dijumpai di Pulau Easter]

Kebanyakan Moai mempunyai berat 70tan hingga 90tan.. Moai yang terberat pernah dijumpai adalah seberat 270 tan dan dianggar sekurang-kurangnya tenaga 500 orang manusia digunakan untuk mengangkatnya.. secara logiknya, tiada cara untuk penduduk Pulau Easter dapat mengangkat patung yang seberat ini.. terlalu banyak persoalan yang diajukan mengenai Moai ini..antaranya:

  1. Mengapa patung–patung gergasi ini dibina?
  2. Bagaimana manusia pada zaman silam dapat mengangkat dan membina patung–patung yang beratnya mencecah 270 tan seunit?
  3. Apakah simbol di sebalik patung–patung gergasi Pulau Easter?
  4. Siapakah warga tamadun Pulau Easter? Dari mana mereka berasal dan ke manakah mereka menghilang?
Mungkinka Moai ini adalah perkuburan bagi penduduk Pulau Easter? ataupun mungkinkah ukiran pemerintah-pemerintah agung mereka? ataupun sebagai simbol kekayaan penduduk? ataupun tempat pemujaan? ataupun sebagai pelindung mereka? tiada siapa yang tau..

Wallahualam...

Rujukan:
Wikipedia
Jamtangan
Mysterious Places

P/S : Dah2..pegi sambung buat keje..kang tak siap2 pulak..


Semangat2!

Saturday, October 2, 2010

Gliese 581g

Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar baru-baru ini.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.



[Inikah rupa planet Gliese 581g tu?]



Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii.

Wallahua'lam...


Rujukan :
Space.com
EuroNews
English.samaylive

Sunday, September 19, 2010

Nebula

Salam sahabat blogger sekalian...

Sorry sangat pasal entri semalam..ain dah remove..ain takut entri itu akan melukakan hati sape2..alhamdulillah harini ain dah beransur ok..insyaAllah akan ok dan terus ok..doakan ain,ye...thanx yang tak terhingga buat korang sebab memberi pendapat dan sentiase bersame ain.. :) sangat2 terharu..

Harini kita nak bercerita pasal ape,ye..ain rase nak buat entri pengisian ilmu harini..tajuk ape yang best,yek..ain suke tengok gambar2 dari luar angkasa..gambar2 tersebut akan membuatkan ain kagum dengan ciptaan Allah yang Esa..oklah..kita cerita pasal Nebula..Nebula adalah di antara fenomena yang tercantik di ruang angkasa lepas..ape tu Nebula?

Nebula adalah awan yang terdiri daripada debu2, gas hidrogen, gas helium dan lain2 gas yang terion (yang mempunyai cas)..Nebula adalah tempat terlahirnya bintang..ia terdiri daripada gas, debu2 dan material lain akan terbentuk satu jisim..mereka akan menarik sesama sendiri dan akhirnya membentuk satu jisim yang besar dinamakan bintang..dipercayai juga akan menarik sesama sendiri dan seterusnya terjadilah planet..

Ada juga Nebula yang terbentuk dari letupan supernova dan hasil dari kematian bintang..bahan yang terhasil dari letupan supernova akan terion dan akan menghasilkan objek2 yang padat..sebagai contoh, Crab Nebula di Taurus..Crab Nebula terhasil dari letupan supernova dan tercipta objek yang padat iaitu bintang neutron..

Nebula terdiri daripada 4 jenis iaitu:
  • H II regions
  • Planetary nebula
  • Supernova remnant
  • Dark nebula

1) H II regions (kelahiran bintang)

H II regions adalah istilah kepada gas hidrogen yang terion (bercas)..kawasan H II ini terkandung bintang yang panas dan terang..bintang2 tersebut berkali2 ganda lebih besar dari matahari..tetapi bintang2 ini mempunyai jangka hayat yang pendek (yang hanya berjuta tahun berbanding matahari yang mempunyai jangka hayat yang berbillion2 tahun)..

Dari kiri: Eagle Nebula, Orion Nebula

2) Planetary Nebula (kematian bintang)

Planetary Nebula terbentuk dari sekumpulan gas yang dikeluarkan dari sebuah bintang yang telah berada dihujung hayatnya iaitu ketika bintang tersebut bertukar menjadi bintang kerdil putih (white dwarf)..secara teknikalnya, mereka juga berada dalam H II region kerana dikelilingi oleh hidrogen yang terion..tetapi ia lebih padat berbanding dengan kelahiran bintang di H II region..nebula ini dipanggil planetary nebula kerana bentuknya yang seakan-akan seperti cakera planet..walaupun ia bukanlah sebuah planet..jangan konfius di sini..nebula bukan sebuah planet,okey... :)

Dari kiri: Nebula Helix, Ring Nebula

3) Supernova remnant (kematian bintang)

Sebuah supernova berlaku apabila jisim sesebuah bintang tinggi dan mencapai akhir hidupnya. Ketika tenaga nuklear dari teras bintang berhenti, bintang tersebut akan musnah dan terhasil lah satu letupan yang dinamakan supernova. Gas2 yang terbentuk dari letupan supernova ini akan membentuk 'supernova remnant'. Pembebasan ini berasal dari elektron kelajuan tinggi dalam medan magnet..

Dari kiri : SN 1572 (Tycho's Supernova), Crab Nebula

4) Dark Nebula (kelahiran bintang)

Dark nebula adalah awan yang padat dan gelap..awan gelap ini wujud terbentuk dari zarah-zarah debu yang dilapisi dengan karbon monoksida beku dan nitrogen..ini menyebabkan cahaya akan terhalang dari masuk melalui awan itu..dan menyebabkan cahaya terpancar disekeliling awan tersebut..di kawasan gelap inilah terjadinye pembentukan bintang...

Dari kiri : Horsehead Nebula, Cone Nebula

Cantik, kan Nebula..? :) ade macam ain tak? hehehe...memang tak serupa pun..ain ni manusia.. ;p ain membebel sensorang je dari tadi..hurm..ain harap korang bleh paham la sikit2 ape yang ain terangkan ni,ye..kalau malas bace pun, dapat tengok gambar pun, kira ok la..kan3.. ;)

Rujukan:
1) Youtube
2) Wikipedia
3) Falak Syari


Nebula oh Nebula,

Tuesday, August 3, 2010

Novel Fatimah Syarha

Salam..

Dari pg td aku dok kat hospital melaka..teman acu aku buat CT scan..pastu merayau2 kat mydin..xsgke ade je yg menegur aku..hehe..rakan sekerja mydin..wlaupn xsmpai sehari dok mydin,ade gak yg mengenali..alhamdulillah..femes gak aku nih..hehe.. ;P

Byk gak la acu n mak aku borong kat mydin..borong tudung skali..byknyeeee..aku tgk je mereka2 ni memborong..dah name pn pmpn..sggah shopping cmplex,xsah kalo xmembli..lg2 dah nk bulan puase ni..lagi sakan la derang borong!ahaha..


Koleksi kesayanganku...

Aku sempat rembat novel Syabab Musafir Kasih : Fatimah Syarha..tmbah lg koleksi novel Fatimah Syarha dlm almarii buku aku..aku mmg dah lame nk bli novel ni..duit je yang xmengizinkan..kali ni,aku bli je..sementare ade smggu dua lg bos aku nk pggil keje balik,bleh la aku luangkan mase bce novel ni..dah stat keje nnt xde mase plak nk mmbace..tggl 1 buku je yg aku masih xjmpe smpai skrang : Seindah Mawar Berduri.. merate kedai buku aku cari..tp still xkelihatan..aaa..kene cari luar dari melaka..kL ade kot..


Sape2 penah jumpe buku ini, sile agkat tgn~hee..

Aku dah pn abis bace karya beliau : 2 novel (Tautan Hati dan Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul) dan 2 cerpen (Seindah Mawar Berduri dan Hatiku Milikmu)..pada pendapat aku, penulisan Fatimah Syarha amat memberi kesan dalam hati aku..byk part2 yang menyentuh hati aku smpai aku bleh menitiskan air mate..hohoho! (emo2..) byk perkongsian ilmu yang beliau dikongsikan bersame..diselitkan unsur2 islamiah yang dapat memberikan pengajaran buat pembace supaya menghargai nilai kehidupan..sesuai dibace sume lapisan msyarakat..especially remaja2..aku rekemen buku2 beliau..

Ps: buat pengetahuan korang, aku dah lame uplod 2 cerpen beliau; Seindah Mawar Berduri dan Hatiku Milikmu..kalo xperasan, sile lah lihat di bahagian kanan pd column Sharing Is Caring..Selamat membace!

Tuesday, March 23, 2010

The Day The Moon Was Gone

Korang penah terfikir x ape akan terjadi pada Bumi kalau xde bulan..hurm..Buat pengetahuan korang,bulan akan menjauhi Bumi sebanyak 1.5 inci setiap tahun..adakah suatu hari nanti bulan akan meninggalkan Bumi? tanpa bulan, Bumi xbermakna..seperti planet2 lain, Bumi juga akan menjadi satu planet yang tidak boleh diduduki oleh manusia, haiwan dan tumbuhan.

1. Bulan menstabilkan paksi Bumi.
Camne aku bleh ckp yang bulan stabilkan paksi Bumi? cmni..korang bayangkan sorang laki menghayunkan tali yang hujung nye terdapat bebola besi..laki diumpamakan Bumi dan bebola besi itu umpama bulan..ketika dia tgh hayun, tibe2 tali tersebut putus..ape yang jd pada laki itu? laki tu akan jatuh..cmtu jgk dengan Bumi..paksi Bumi tidak akan stabil dan Bumi akan berputar seperti gasing..tarikan graviti antara Bumi dan Bulan (tali tersebut) menyebabkan paksi Bumi stabil seperti yang korang lihat sekarang.



Ape akibatnye kalau paksi bumi tidak stabil? bumi mungkin akan mempunyai 6bulan malam dan 6bulan siang..perubahan cuace yang yang terlalu drastik..mungkin kutub utara dan kutub slatan menjadi gurun/padang pasir..ribut taufan berlaku di sana sini disebabkan cuace yang tidak stabil.siapa yang boleh hidup dalam keadaan Bumi seperti ini?? makhluk yang boleh survive nnt mungkin sejenis 2 alam iaitu boleh hidup di dalam air dan di darat..makhluk yang tahan di dalam suhu yang terlalu sejuk dan terlalu panas..dimanakah manusia ketika itu? dimanakah kita? Wallahualam~

2. Pasang surut laut.
Bulan juga mempengaruhi pasang surut laut..seperti yang kita tahu, air akan pasang pada waktu malam dan akan surut menjelang pagi. Pasang surut terjadi sebagai kesan dari tarikan graviti bulan. Tarikan graviti tersebut telah menjadikan air laut akan pasang pada bahagian Bumi yang menghadap ke Bulan dan pada bahagian Bumi yang membelakangi Bulan.bayangkan jika tiada tarikan ini lagi..ape yang berlaku terhadap air laut di muka Bumi ni? semestinya akan mencurah2 membanjiri permukaan darat..sebahagian besar darat akan ditenggelami air..



Banyak lg kesan dan akibat yang akan berlaku pada Bumi jika tiada bulan..korang boleh la menkaji lebih lanjut mengenainya..ape2 pn yang berlaku berbalik kepada Qada' dan Qadar dari Allah swt..semua ni menjadi renungan dan pedoman agar bersyukur dan kita kembali kepada-Nya..ingat la setiap kejadian ade hikmahnye.. :)

Rujukan:
The Universe (Season 4) : Setiap Isnin 9.00pm di Historical Channel
Wikipedia : Moon

Thursday, February 18, 2010

Stonehenge: If the Stones Could Speak

Assalamualaikum..

Hari ni aku nk berceloteh lg..dulu..mase zaman kekanak,aku rajin p library..bukan ape..aku suke membace..buku fav aku time tu byk berkisahkan misteri2 yg berlaku di Bumi ni..cthnye raksasa lochness (aku ingt lg name glamer raksasa ni = Nessy), penunggu pulau easter dan macam2 lg..selain dari tu aku minat gak bace pasal universe..bima sakti..planet2..ahaha..macam saintis pn ade da..sampai skrg pn aku still minat jgk..cume mase je xde ntk aku ke library cm dlu..

So,kita bukak crite kita pd hari ini dengan Stonehenge..Stonehenge adalah monumen prasejarah yang terletak di daerah Wiltshire sekitar 3.2 kilometer barat Amesbury dan 13 kilometer utara Salisbury.Stonehenge merupakan salah satu bende misteri yg ade di dunia ni..kesunyian batu2 ini menjadi misteri sehingga sekarang..byk ahli2 arkeologi mengkaji fakta2 mengenai Stonehenge..tetapi btul ke ape yang dikaji itu fakta?atau andaian semate2? kalaula batu2 ni bleh berkata2.. mungkin misteri2 ini akan terungkai..(hoho..buat ayat best sikit.. ;P)



Pengkaji sejarah menemui fakta di mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji bintang. Binaan itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh manusia purba dan juga lokasi kegiatan ritual.Stonehenge dikatakan dibina untuk merekod pergerakan matahari bermula daripada ia terbit hingga terbenam. Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira berat 40 tan) yang disusun secara pelik tersebut juga mewakili planet-planet di galaksi Bima Sakti secara tepat.

Stonehenge juga menjadi kompas bintang di bumi yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan planet-planet dan matahari. Ketika matahari mula terbit pada setiap pagi pula, cahayanya terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan paling strategik dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan matahari.



Pengkaji percaya bahawa Stonehenge pernah berdiri sebagai sebuah monumen yang megah dan lengkap suatu ketika dahulu. Ini tidak dapat dibuktikan kerana sesetengah daripada batunya telah hilang, dan kebanyakan batunya masih belum pernah ditemui..banyak kerja2 membaik-pulih Stonehenge telah dibuat bagi memastikan strukturnya kekal hingga sekarang..


Ini ke struktur Stonehenge dlu?

Banyak lagi misteri2 yg tersirat pada Stonehenge ni..kalo nk diterangkan satu2,mmg bleh buat tesis..kalo nk tau lebih lanjut, anda bleh bertanye pada mr google..hehe.. k,la..sampai di sini je dlu celoteh aku..kalo ade mase,aku crite pasal mende lain plak..

Korang bleh gak bace crite2 mengenai Stonehenge di sini:
  1. Stonehenge and the Sun
  2. Wikipedia
  3. Stonehenge plan
  4. National Geographic

Penuh tanda tanya,

Thursday, November 19, 2009

I Vote Earth

Mungkin korang da familiar ngn kempen ni..so, aku crite sikit jela..
  • Kempen ini dipelopori oleh World Wide Fund For Nature (WWF) Australia.
  • Pada tahun 2007, akhbar Sydney Morning Herald melaporkan Bandaraya Sydney mendapat sokongan dari 2,100 syarikat dan menyaksikan 2.2 juta orang memadam lampu yang membawa kepada penjimatan tenaga sebanyak 10.2% dari kegunaan pada kadar biasa.
  • Pada tahun 2008 kempen ini telah mendapat sokongan penduduk dunia yang lain dan menyaksikan sokongan penyertaan lebih 50 juta orang di lebih 370 bandar dari 35 negara.
  • Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam.
  • Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.
  • Pada tahun ini penganjur Earth Hour 2009 mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark, tidak lama lagi.
  • Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto.
  • Inilah peluang bagi penduduk dunia menyatakan suara hati mereka. Undi yang diberi kepada bumi adalah seruan kepada penduduk dunia melakukan sesuatu demi menjamin masa depan planet ini. Boleh undi di sini EarthHour.
  • Mengikut laporan yang dikeluarkan WWF tahun lalu, kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.

ps: Next Earth Hour event will be Saturday 27 March 2010.

Wednesday, October 21, 2009

Smilodon

Smilodon ialah salah satu haiwan prasejarah yang aku suke..dia dalam famili saber tooth tiger yg pernah wujud pada tahun 1.6million tahun dulu..saiznye lebih kurang 2.1m panjang dan 1m tinggi..beratnye dlm lingkungan 55-400kg..



Ape yang menarik pasal Smilodon ni ialah mempunyai 2 taring yang tajam,keras dan kuat yang berbentuk seperti sabit (28cm)..taring tersebut membuatkan ia mampu menumbangkan haiwan prasejarah yang berganda lebih besar darinya seperti mammoth, rhinoceros dan lain2..



Status: Extinct
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Mammalia
Order: Carnivora
Family: Felidae
Subfamily: Machairodontinae
Genus: Smilodon

Sumber: wikipedia , youtube

Monday, October 5, 2009

Novel Sejarah Islam

Salam..kat sini aku nk share merangkap merekomen novel2 karangan abdul latif yg aku penah bce..novel2 karangan beliau kebanyakannye menarik dan best! (2 thumbs up) Dalam byk2 yg aku bce, aku pling suke "Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem".

Buku ni menceritakan tentang Salahudin al-Ayubi iaitu seorang pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem. Yang bestnye, setiap strategi peperangan diceritakan secare terperinci.. beliau byk mengikut taktik peperangan di zaman Rasulullah saw..best sgt! so..dapatkanlah buku ini dengan segera di kedai2 buku yang berdekatan..
(sungguh2 promote..huu..)


Buku2 lain yang penah aku bce adalah "Khalid Memburu Syahid", "Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel", "Umar al-Khattab Reformasi Dunia Islam" dan banyak lagi..trime kasih kpd Syahadataini yang meminjamkn novel ntk ditatapi (time kt unimap dlu).. kalo nk bli semua,xdpt,la..org kate ape..sharing is caring..hehehe..Skang ni mmg sume nk kne bli sendiri..nk bli "Ali bin Abi Talib Mutiara Ilmu Islam" pn xdpt lg..nntla..ade rezeki nnt bli,la..