Hari ni aku nk berceloteh lg..dulu..mase zaman kekanak,aku rajin p library..bukan ape..aku suke membace..buku fav aku time tu byk berkisahkan misteri2 yg berlaku di Bumi ni..cthnye raksasa lochness (aku ingt lg name glamer raksasa ni = Nessy), penunggu pulau easter dan macam2 lg..selain dari tu aku minat gak bace pasal universe..bima sakti..planet2..ahaha..macam saintis pn ade da..sampai skrg pn aku still minat jgk..cume mase je xde ntk aku ke library cm dlu..
So,kita bukak crite kita pd hari ini dengan Stonehenge..Stonehenge adalah monumen prasejarah yang terletak di daerah Wiltshire sekitar 3.2 kilometer barat Amesbury dan 13 kilometer utara Salisbury.Stonehenge merupakan salah satu bende misteri yg ade di dunia ni..kesunyian batu2 ini menjadi misteri sehingga sekarang..byk ahli2 arkeologi mengkaji fakta2 mengenai Stonehenge..tetapi btul ke ape yang dikaji itu fakta?atau andaian semate2? kalaula batu2 ni bleh berkata2.. mungkin misteri2 ini akan terungkai..(hoho..buat ayat best sikit.. ;P)
Pengkaji sejarah menemui fakta di mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji bintang. Binaan itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh manusia purba dan juga lokasi kegiatan ritual.Stonehenge dikatakan dibina untuk merekod pergerakan matahari bermula daripada ia terbit hingga terbenam. Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira berat 40 tan) yang disusun secara pelik tersebut juga mewakili planet-planet di galaksi Bima Sakti secara tepat.
Stonehenge juga menjadi kompas bintang di bumi yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan planet-planet dan matahari. Ketika matahari mula terbit pada setiap pagi pula, cahayanya terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan paling strategik dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan matahari.
Pengkaji percaya bahawa Stonehenge pernah berdiri sebagai sebuah monumen yang megah dan lengkap suatu ketika dahulu. Ini tidak dapat dibuktikan kerana sesetengah daripada batunya telah hilang, dan kebanyakan batunya masih belum pernah ditemui..banyak kerja2 membaik-pulih Stonehenge telah dibuat bagi memastikan strukturnya kekal hingga sekarang..
Banyak lagi misteri2 yg tersirat pada Stonehenge ni..kalo nk diterangkan satu2,mmg bleh buat tesis..kalo nk tau lebih lanjut, anda bleh bertanye pada mr google..hehe.. k,la..sampai di sini je dlu celoteh aku..kalo ade mase,aku crite pasal mende lain plak..
Korang bleh gak bace crite2 mengenai Stonehenge di sini:
Penuh tanda tanya,
No comments:
Post a Comment