Sunday, September 19, 2010

Nebula

Salam sahabat blogger sekalian...

Sorry sangat pasal entri semalam..ain dah remove..ain takut entri itu akan melukakan hati sape2..alhamdulillah harini ain dah beransur ok..insyaAllah akan ok dan terus ok..doakan ain,ye...thanx yang tak terhingga buat korang sebab memberi pendapat dan sentiase bersame ain.. :) sangat2 terharu..

Harini kita nak bercerita pasal ape,ye..ain rase nak buat entri pengisian ilmu harini..tajuk ape yang best,yek..ain suke tengok gambar2 dari luar angkasa..gambar2 tersebut akan membuatkan ain kagum dengan ciptaan Allah yang Esa..oklah..kita cerita pasal Nebula..Nebula adalah di antara fenomena yang tercantik di ruang angkasa lepas..ape tu Nebula?

Nebula adalah awan yang terdiri daripada debu2, gas hidrogen, gas helium dan lain2 gas yang terion (yang mempunyai cas)..Nebula adalah tempat terlahirnya bintang..ia terdiri daripada gas, debu2 dan material lain akan terbentuk satu jisim..mereka akan menarik sesama sendiri dan akhirnya membentuk satu jisim yang besar dinamakan bintang..dipercayai juga akan menarik sesama sendiri dan seterusnya terjadilah planet..

Ada juga Nebula yang terbentuk dari letupan supernova dan hasil dari kematian bintang..bahan yang terhasil dari letupan supernova akan terion dan akan menghasilkan objek2 yang padat..sebagai contoh, Crab Nebula di Taurus..Crab Nebula terhasil dari letupan supernova dan tercipta objek yang padat iaitu bintang neutron..

Nebula terdiri daripada 4 jenis iaitu:
  • H II regions
  • Planetary nebula
  • Supernova remnant
  • Dark nebula

1) H II regions (kelahiran bintang)

H II regions adalah istilah kepada gas hidrogen yang terion (bercas)..kawasan H II ini terkandung bintang yang panas dan terang..bintang2 tersebut berkali2 ganda lebih besar dari matahari..tetapi bintang2 ini mempunyai jangka hayat yang pendek (yang hanya berjuta tahun berbanding matahari yang mempunyai jangka hayat yang berbillion2 tahun)..

Dari kiri: Eagle Nebula, Orion Nebula

2) Planetary Nebula (kematian bintang)

Planetary Nebula terbentuk dari sekumpulan gas yang dikeluarkan dari sebuah bintang yang telah berada dihujung hayatnya iaitu ketika bintang tersebut bertukar menjadi bintang kerdil putih (white dwarf)..secara teknikalnya, mereka juga berada dalam H II region kerana dikelilingi oleh hidrogen yang terion..tetapi ia lebih padat berbanding dengan kelahiran bintang di H II region..nebula ini dipanggil planetary nebula kerana bentuknya yang seakan-akan seperti cakera planet..walaupun ia bukanlah sebuah planet..jangan konfius di sini..nebula bukan sebuah planet,okey... :)

Dari kiri: Nebula Helix, Ring Nebula

3) Supernova remnant (kematian bintang)

Sebuah supernova berlaku apabila jisim sesebuah bintang tinggi dan mencapai akhir hidupnya. Ketika tenaga nuklear dari teras bintang berhenti, bintang tersebut akan musnah dan terhasil lah satu letupan yang dinamakan supernova. Gas2 yang terbentuk dari letupan supernova ini akan membentuk 'supernova remnant'. Pembebasan ini berasal dari elektron kelajuan tinggi dalam medan magnet..

Dari kiri : SN 1572 (Tycho's Supernova), Crab Nebula

4) Dark Nebula (kelahiran bintang)

Dark nebula adalah awan yang padat dan gelap..awan gelap ini wujud terbentuk dari zarah-zarah debu yang dilapisi dengan karbon monoksida beku dan nitrogen..ini menyebabkan cahaya akan terhalang dari masuk melalui awan itu..dan menyebabkan cahaya terpancar disekeliling awan tersebut..di kawasan gelap inilah terjadinye pembentukan bintang...

Dari kiri : Horsehead Nebula, Cone Nebula

Cantik, kan Nebula..? :) ade macam ain tak? hehehe...memang tak serupa pun..ain ni manusia.. ;p ain membebel sensorang je dari tadi..hurm..ain harap korang bleh paham la sikit2 ape yang ain terangkan ni,ye..kalau malas bace pun, dapat tengok gambar pun, kira ok la..kan3.. ;)

Rujukan:
1) Youtube
2) Wikipedia
3) Falak Syari


Nebula oh Nebula,

13 comments:

ciK LyndaWawa said...

indahnye bintang..klu la boleh hidupku seperti bintang..kan best.....

ciK LyndaWawa said...

spek dah jumpe dah..
heheheheh..
=)

MR. SYAH said...

pernah dgr..
tp bru tahu sekarang ttg nebula..
thanks bg informasi..

mrnoble said...

aku suka tgk rancangan the universe kat discovery :p

ainz said...

Wawa,
Hidup menjadi bintang lagi sunyi,wawa...sbb jauh sgt antara satu same yg lain..lain,la bintang neutron..diorang ni aktif sgt plak..bile jumpe, sampai bleh buat supermassive blackhole..hee..

Syah,
U r welcome..same2 berkongsi ilmu..Allah suke orang yg berilmu.. :)

ainz said...

Noble,
Tula..ain pn suke tgk..dulu xpenah miss tiap2 hari isnin mlm kt hist channel..skrg cm dah xde je..dah abis season,kot..so,tgk ulangan pn jd,la..hari ahad kul6ptg..heee..

syahira ariff said...

ish macam mana boleh terlepas entri tu
adehhh

cantiknya nebula helix~!!

Anna Boleyn said...

cantik nya nebula! hana pon suka gak tau bab2 angkasa lepas ni. dulu konon nya bercita2 nk jd angkasawan. ceittt. hehe

p/s:anna boleyn ada buat tutorial tau cara letak divider kat setiap post. cio. :)

nabilah_2908 said...

cantikkan...hmm..besarnya kekuasaan Allah..

p/s: sygnya terlepas n3 semalam..

jom ke APA KATA HATI pulak ;
TIPS KEMBALIKAN MOOD BEKERJA

Pencacai Alim said...

argh!!! kecewa..tak sempat nk baca

ILA HonEyBuNNy said...

nice info..baru tau neh...

ciK LyndaWawa said...

erm....
dia sayang ke???
erm...
entahla....
macam tak aje...

gitar_x_bertali said...

ada nebula terhasil drpd kematian bintang ... black hole pula cam mana? apa beza kematian bintang yg hasilkan nebula n black hole?