Thursday, June 23, 2011

Upper-atmospheric Lightning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Dalam perkongsian ilmu harini, aku nak share dengan korang satu lagi ciptaan Allah swt yang sangat menarik iaitu Kilat atau Lightning... wahhhh....sangat lama tak berkongsi ilmu dengan korang...rindu waktu aktif blogging duluuuuuuu..ehemmmm....serious2!

Kilat yang aku nak share ni bukan sebarang kilat..kilat ini bukan yang biase kita tengok sebelum hujan tu..ia berlaku di sebelah atas atmosfera dan dinamakan Upper-atmospheric Lightning (UAL)..Terdapat pelbagai jenis UAL, dalam pelbagai keadaan dan pelbagai bentuk..sebelum kita mengenali satu per satu UAL ni, jom kita tengok gambar dulu:


Upper-atmospheric Lightning
(Credit to Wikipedia)

Orait..berdasarkan gambar di atas, kilat yang biase kita nampak apabila kita berada di muka Bumi berlaku di bahagian Troposfera..Manakala UAL ni akan berlaku di antara bahagian Stratosfera hingga Termosfera..ada di antara UAL ini boleh nampak dengan mata kasar dan ada yang tidak..kat sini aku ringkaskan serba sedikit mengenai ketiga-tiga jenis UAL:

1) Blue Jet

Blue Jet akan meluncur ke atas dengan kelajuan 100 km/s sehingga jarak 40 - 50 km dari puncak awan ke bahagian Stratosfera..warnanya sangat cerah kebiru-biruan..Blue Jet dapat dilihat dengan mata kasar..kalau korang nak tengok pun, jarak selamat korang adalah 200 - 300 km dari Blue Jet..korang boleh check di ELF untuk mengetahui cara-cara selamat melihat Blue Jet dan Sprite.

2) Sprite

Ketinggian Sprite boleh mencecah 70 - 80 km..ia hanya akan mengambil masa 1/100 saat sahaja untuk satu-satu Sprite itu berlaku..kebiasaannya Sprite berwarna merah-jingga atau hijau atau biru..Sprite terjadi disebabkan kilat kuat yang biasanya terjadi semasa kejadian ribut petir.. tetapi peratusan terjadinya Sprite sangat rendah iaitu kurang dari 10% sahaja..kebiasaannya Sprite berlaku sangat pantas dan dalam keadaan malap..ini menyukarkan kita melihat Sprite dengan mata kasar..walaupun sukar, tak mustahil kita boleh nampak.. ;)


Sprite
(Credit to Wikipedia)

3) Elves

Nama Elves sebenarnya diambil dari Emissions of Light and Very Low Frequency Perturbations from Electromagnetic Pulse Sources..walaupun kecerahan Elves dan Sprite lebih kurang, kita tak boleh melihat Elves dengan mata kasar..ini disebabkan Elves terlalu laju dengan kelajuan lebih kurang 1/1000 saat..Elves berwarna merah dan berbentuk seperti donut (yum2).. ketinggian Elves lebih kurang 95 - 100 km dan boleh membentuk donut sebesar 160 km dalam ukuran diameternya dan boleh berkembang sehingga 400 km..sangat besar!!

Video Sprites dan Blue Jets
(Credit to Youtube)

Tu jela buat masa ni...kalau ade information lain yang korang nak tambah atau perbetulkan di sini, jangan segan untuk berkongsi dengan aku..kita sama-sama menimba ilmu..kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh la mencari buku-buku mengenai UAL ni..ataupun tanye Encik Google.. ;) Wassalam...

Caution!! Untuk keselamatan, sila berada di dalam rumah atau bangunan ketika hujan dan ribut petir berlaku..penulis tidak akan bertanggungjawab di atas segala kemalangan yang berlaku.. ;)


Rujukan:
Sky-fire, Wikipedia

With Love,

5 comments:

sailaaf said...

good info.. tak pernah pun baca mana2 info pasal kilat ni..memang sy takot giler dgn kilat...guruh just bunyik je..bila kilat macam flash ni...seram ok..hehe

ainz said...

same lah kita...huuuu

ILA HonEyBuNNy said...

ila datang baca info...;-)

kalau ada kilat n guruh mmg ila takoot tau..huawwa

Unknown said...

fuyoh!

Aliesha Kirana said...

wah! rupa2nya ada kilat lain eh.ingtkan yg biase tu je. nice info!