Thursday, November 19, 2009

I Vote Earth

Mungkin korang da familiar ngn kempen ni..so, aku crite sikit jela..
  • Kempen ini dipelopori oleh World Wide Fund For Nature (WWF) Australia.
  • Pada tahun 2007, akhbar Sydney Morning Herald melaporkan Bandaraya Sydney mendapat sokongan dari 2,100 syarikat dan menyaksikan 2.2 juta orang memadam lampu yang membawa kepada penjimatan tenaga sebanyak 10.2% dari kegunaan pada kadar biasa.
  • Pada tahun 2008 kempen ini telah mendapat sokongan penduduk dunia yang lain dan menyaksikan sokongan penyertaan lebih 50 juta orang di lebih 370 bandar dari 35 negara.
  • Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam.
  • Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.
  • Pada tahun ini penganjur Earth Hour 2009 mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark, tidak lama lagi.
  • Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto.
  • Inilah peluang bagi penduduk dunia menyatakan suara hati mereka. Undi yang diberi kepada bumi adalah seruan kepada penduduk dunia melakukan sesuatu demi menjamin masa depan planet ini. Boleh undi di sini EarthHour.
  • Mengikut laporan yang dikeluarkan WWF tahun lalu, kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.

ps: Next Earth Hour event will be Saturday 27 March 2010.

No comments: