Showing posts with label Issue. Show all posts
Showing posts with label Issue. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

Pelik lagi

Ada satu malam...aku tak puas hati dengan lelaki..*huhu tak abis2* aku tanye macam2 kat sorang member aku ni..kesian dia jadi mangsa,kan.. antara topik perbualan kitorang:

Aku: Satu lg sy pelik..pasal lelaki.. kenapa,ek diorang tak bleh nak kawan dengan kita cam biasa lepas kene tolak?

Dia: Ego, malu..padahal takde apa pun..

Aku: Saya banyak hilang kwn sbb bnde ni..sedih jugak kadang2..

Dia: Saya rasa tak patut pun rasa malu walaupun kene tolak..saya rasa perempuan tu pun cam happy ada org suka dia..dia tolak bukan sebab dia benci kat orang yang approach...yeke? saya rase je la..

Aku: Btul,awk..perempuan tak benci pun..kalau saya, saya akan tolak dengan cara yang baik..cakap elok2..bukan main sound camtu je..dan kalau boleh, nak terus kan berkawan macam biase.. tapi diorang yang tak nak..sedih,kan?

Dia: Hmmm..dan saya rasa perempuan pun akan rasa kagum sebab laki tu berani luah..sumthing yang lelaki shud proud..sebab tu pada saya kalau suka kat someone, kene bagitau..biar dia tau..tak rugi ape pun..

Aku: Yup! Stuju! ;)

Pendapat korang pulak..cane?


With Love,

Thursday, November 3, 2011

Konflik LRT

Semalam memang betul2 menguji kesabaran aku..aku berkonflik dengan environment! musuh utama dalam drama aku semalam adalah LRT..pagi2 lagi dah buatkan aku lambat sampai ofis (eh..bukan memang selalu lewat,ke? huuu) harini baru semangat nak datang awal..tup2 terlewat gak sebab LRT delay..aiihh..sampai2 kat ofis, jadi INI pulak..sabar ajelaaa..

Petang, time balik keje..LRT nak gaduh lagi dengan aku..kali ni system diorang pulak problem..menyebabkan aku kene beratur panjang gile macam ular sawa kat amazon tuuu..errr..ade la dekat setengah jam menunggu..

Tapi, penungguan aku berbaloi gak sebab dapat tukar kad tambah nilai magnetik warna hijau (yang aku pakai sebelum ni) dengan kad myRapid freeee..yeeaaaa..buat masa sekarang ni diorang belum jual lagi myRapid ni..kita boleh dapat dengan pertukaran kad sahaja..so,aku kira orang terawal yang pakai kad ni..sukeee..sebab cantik.. :p



Aku harap akan ada lebih banyak improvement setelah LRT bertukar ke sistem baru..kata nak galakkan orang commute dengan menaiki perkhidmatan awam macam LRT..tapi kalau sistem dah macam hampeh, ade ke orang yang nak gunakan perkhidmatan anda??? hurmmm..anda seharusnya melakukan perubahan yang membolehkan orang ramai percaya; mereka tak kan hadapi masalah remeh jika memilih kenderaan awam sebagai pengangkutan utama..sekian..

Rujukan : My Rapid

With Love,

Sunday, July 10, 2011

Kisah Siti dan Farid

Aku nak cerita mengenai seorang kawan kepada kawan aku..name dia Siti Nurhaliza (bukan name sebenar)..dia dah pun mempunyai boyfren aka kekasih hati..satu hari, Farid Kamil (bukan name sebenar), member satu kolej dengan Siti datang tanye2 dan merisik2 Siti..mencuba nasib orang melayu cakap..

Bukan untuk Farid..tapi untuk abang Farid yang dah lama membujang..kata Farid, abang dia terbekenan kat Siti time Siti datang beraya di rumahnya tahun lepas..kalau Siti setuju, rombongan keluarga Farid akan datang untuk merisik Siti..Siti mintak dia diberi masa untuk berfikir..Farid pun menunggu dengan sabarnya..mane tau kot2 dapat jadikan kawan dia ni menjadi akak iparnya..

Satu hari, Siti mengambil keputusan untuk berbincang dengan Farid mengenai pertanyaan Farid sebelum ni..Farid dengan berdebarnya menunggu jawapan Siti (macam dia pulak yang nak kawen..ahaha!)..akhirnya Siti bersetuju dan Farid pun melompat2 kegembiraan..

Sekarang ni Siti dan abang kepada Farid dah pun bertunang..menunggu masa je diijab-kabulkan..

Hoho! Melampau2 aku mengarang..pusing bukan main jauh lagi sampai 80% dari cerita ini adalah rekaan semata2..ahaha! "Main point" yang aku nak sampaikan dalam cerita ni sebenarnya:

1) Apa yang perempuan mahukan adalah keikhlasan dan cinta yang halal iaitu selepas berkahwin..wahai kaum laki..berjumpalah kamu dengan ibu bapa si dia untuk menunjukkan keikhlasan dan tanda kamu menghargai si dia..

2) Perempuan yang dah ade boyfren, tak semestinya tak terbukak hati pada laki lain..tak salah jika kamu mencuba.. ;)

3) Dan akhir sekali, jodoh pertemuan perpisahan dan takdir kita di tangan Allah..kita hanya mampu merancang dan Allah yang menyusun takdir untuk kita.. ;)

Salam sayang,

Tuesday, July 5, 2011

Tertinggal Anak??

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan yang tak ternilai bagi pasangan suami dan isteri..tapi sejak kebelakangan ni, kebanyakan ibu bapa mula alpa dan melalaikan anak mereka..

Aku tak nak kupas banyak2 hal ni sebab terlalu panjang..aku just nak fokuskan satu kes je iaitu tertinggal anak atau dalam erti kata lain, lalai memastikan anak berada di dalam perhatian ibu/bapa..

Ada segelintir ibu/bapa senang-senang je tinggalkan anak merata..aku jadi pelik sangat..macam mana boleh tertinggal tu?? banyak kes berlaku berdasarkan pengalaman aku sendiri..dan kebanyakannya di blok tempat yang aku sewa ni:

1) Tertinggal anak di tingkat lain

Adelah seorang mak ni..kira punya kira anak dia..tak cukup sorang..terpaksa mencari anak dari satu tingkat ke tingkat yang lain..tak tau tingkat mane anak dia tercampak..mungkin ramai sangat anak, kot..tak perasan sorang hilang..

Lagi satu lagi kes ni.. mak dah naik lif dan anak tertinggal..terpaksa turun balik cari anak di ground floor..boleh pulak tertinggal anak..aku tengok handphone ade je pulak kat tangan tu..anak boleh hilang..handphone tu lagi penting ke dari anak?



2) Emak main handphone

Kes ni lagi best..si emak sibuk dengan telefon bimbit..mata tak lekang di telefon..dua-dua belah tangan pada telefon..nasib baik la anak dia bijak..anak dia bagi tau mak dia.."kita dah sampai" sambil tarik tangan mak dia..geram nye aku tengok..huh! sabar jela..

3) Budak meraung di waktu pagi memanggil ayah

Ade satu pagi tu dalam 530..aku dikejutkan dengan suara budak meraung dan menjerit sekuat-kuat hati memanggil ayahnya..ade la dalam setengah jam..aku ade gak menjengah kat tepi pintu..almaklumla prihatin..aku tengok budak tu takde pun kat floor aku..nak jengah jauh2 tak berani pulak..huhu..entah dari floor mane pun aku tak tahu..sangat kuat suaranya..menggegarkan flat..macam mane,tuuuu...macam mane anak boleh tertinggal di luar rumah di pagi hari...pelik,la..korang pelik tak? hurm...



4) Surau

Kat sini, surau selalunya menjadi tempat lost n found kanak-kanak..dalam sebulan,ade je announcement hilang anak dari pihak surau..kagum dengan pihak surau yang tak pernah jemu menjaga ketenteraman flat ni..

Tolong...tolong, la hargai anak-anak yang Allah dah kurniakan pada kamu-kamu ni..ramai yang sangat inginkan anak..tapi masih belum dikurniakan..bersyukurlah dengan rezeki yang Allah bagi..jaga lah mereka sebaiknya..sayangilah anak-anak kita..mereka pewaris generasi akan datang..


Renung-renungkanlah,

Friday, July 1, 2011

Tinggi Rendah

Salam

Harini aku ke client site setelah dekat sebulan aku berpoya-poya di ofis, kota damansara..sangat happy dengan internet yang laju dan Jeena sebagai teman berborak..huuu..

Sekarang berada di site,okay! tolong jangan nak berangan lagi..kalau kat site, aku memang bz..dah memang keje aku kat sini,kan..

Satu situasi berlaku selepas lunch hour tengahari tadi..ia berlaku di dalam lift bermula dari tingkat 1 ke 19 yang mengambil masa kurang dari 3minit sahaja..(sangat laju!)

Tan: Veda..saya nak tanya..u punye tinggi berapa,ye? Ade 200?
Veda: takde,la..
Tan: eh..u biar betul..I punya tinggi pun dah 186..tak kan u tak sampai 200?
Veda: betul,la..tinggi I 198..macam tu,la..u ain..tinggi u berapa?
Aku: I baru je ukur tinggi I semalam..167 je..takde la setinggi Veda..hehe..
Veda: hahaha..
Tan: tula sangat tinggi,la u...apa rahsia boleh tinggi macam ni?
Veda: I pakai heels,la..sebab tu boleh tinggi..u tak pakai,u tak tinggi,la..ahaha..
Tan: tipu,la..
Veda: I rasa sebab genetik..adik beradik I semua tinggi..akak pun..tinggi,la bagi seorang perempuan,kan..tapi I la paling tinggi..
Tan: ahahaha! Tula..adik beradik I pun macam tu jugak..sama lebih kurang je tinggi..
Tan: hey..orang tinggi,kan..senang nak bergaduh..lagi-lagi dengan orang rendah..pegang kepala je diorang dah tak boleh tumbuk (sambil tunjuk aksi)

Tan memang banyak cakap..kalau tak buat lawak, memang tak sah..aku n Veda terbahak-bahak gelak..goo pulak lebih banyak mendiamkan diri..topik perbualan kami agak tak sesuai bagi beliau..hurm..


hehehe... ;p


Jahat aku!

Wednesday, June 22, 2011

Gangguan Bekalan Air

Salam...

Pagi- pagi lagi aku dah dikejutan dengan berita ketiadaan bekalan air kebanyakan kawasan di sekitar Klang Valley dan Selangor..bukan sehari, okay?? tiga hari! amik ko! punya lah risau nya hidup aku..Allah je yang tau..aku nak ilangkan risau aku dengan menegur seorang sahabat baik aku di gtalk..boleh pulak dia buat lawak..hadoiii...sengal tul..takpela..sekurang-kurangnya terubat sikit risau aku..



Untuk information korang, ade beberapa tempat yang dikatakan akan terjejas..moh kita tengok tempat tu:


Click untuk melihat gambar dengan jelas..

Orang ramai diminta menyimpan bekalan air dan menjimatkan penggunaan air..sila gunakan air secara berhemah..kat bawah ni aku share sikit tips untuk menjimatkan air:

  1. Tumpang mandi di rumah kawan atau datang awal ke ofis..mandi di ofis je..
  2. Jangan masak.. makan kat luar.. jimat air untuk cuci tangan dan basuh pinggan..
  3. Solat di Surau/Masjid.. jimat air untuk berwuduk..
  4. Maximum kan penggunaan tandas awam..
  5. Jangan siram pokok bunga..
  6. Tadah air hujan..
Errk! boleh ke aku buat tips2 di atas...memang tak boleh, laaaa....ahahahaha! Tapi syukur Alhamdulillah kawasan perumahan aku tak tersenarai dalam senarai di atas.. tapi perlu mengambil langkah berjaga-jaga jugak..jangan nak senang-senang hati je nak perabihkan air..

Korang nye kawasan camne? terkene tak? hurm....

Sumber:
Kosmos ; The Star ; CariGold


Blur sudah...

Sunday, June 19, 2011

Pasanganku Ketinggianku

Cerita Lovely Complex semalam buat aku nak lagi tulis mengenai ketinggian..kebanyakan lelaki sangat tak selesa bila pasangannya lagi tinggi dari dirinya..begitu jugak dengan perempuan..tapi tak semua.. kebanyakannya..even aku sendiri pun tak terkecuali menyimpan angan-angan mempunyai pasangan yang lebih tinggi dari diri sendiri..bukan nak demand..ni angan-angan saje..



Kalau Allah SWT dah jodohkan aku dengan lelaki yang rendah tu, aku terima je dengan hati yang terbuka..yang penting dia boleh menjaga dan menyayangi aku dengan kasih sayang yang sejati..bukan penuh dengan kepura-puraan..


Berbalik kepada cerita kita mengenai ketinggian, ramai yang cakap kalau pasangan kita (lelaki) lebih rendah dari kita, kita akan murah rezeki..sejauh mane kata-kata tu, aku pun tak pasti..bagi aku, ayat tu hanya direka untuk menyedapkan hati pasangan-pasangan "Lovely Complex" ni.. huhuhu..



Kalau kita tengok di sekeliling kita pun, kewujudan lelaki yang tinggi sangat kurang..so, tak payah la nak berangan berpasangan dengan lelaki yang berketinggian 180cm.. 190cm... hohoo...dah setaraf dengan pemain basket!

Akhir kata, ketinggian bukanlah penghalang cinta sejati.. :)

P/S: Zaman sekolah dulu selalu berangan nak berpasangan dengan pemain basket.. terpengaruh dengan Slam Dunk..ohhh Rukawa Kaede... *_^


Ketinggianku : 169cm,

Tuesday, August 31, 2010

Melayu Mudah Lupa

Salam merdeka..ain nak share satu sajak yang dideklamasikan oleh mantan pm kita Tun Dato' Dr Mahathir Mohamad di persidangan UMNO 2001..

Ain suke sajak ni bukan sebab ain pro-kerajaan ataupun anti-pembangkang..siapa yang deklamasikan sajak ni tak penting..yang penting adalah isi nya..pertama kali ain dengar sajak ni..ain sebak..sampai menitiskan air mata..mengenangkan ape yang berlaku pada mereka yang sebangsa dan seagama dengan ain..

Ain tgk Edisi7 tengahari tadi..50% darinya adalah berita yang tak best..masalah mat rempit @ samseng jalanan..serbuan di hotel2 20++ pasangan ditangkap khalwat..yang kebanyakannya adalah student ipt..pelacuran..kedai yang tersorok untuk mereka yang ponteng puasa..dan banyak lagi..siapa yang terlibat kalau bukan mereka yang sebangsa dan seagama dengan ain..sedih..sedih mengenangkan 'aktiviti' yang mereka lakukan di bulab Ramadhan ni..

Bagi ain..sajak ni memperingatkan kita semua..agar tak mudah alpa dan leka dengan hiburan dan kekayaan dunia..sehinggakan kita lupa siapa dan dari mana asalnya kita..sehingga kita lupa yang minda kita semakin mundur dengan kelalaian dan keseronokan duniawi..sama2lah kita muhasabah diri..semoga esok lebih baik dari harini..dan hari2 berikutnya lebih baik dari hari2 sebelumnya..

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai..


Akan terus berjuang,

Masih dijajah?

Assalamualaikum..sedar tak sedar,kita dah pun berada di 10 hari terakhir Ramadhan yang penuh barakah ni..sekejap je masa berlalu..ain rase baru semalam ain post entri Ramadhan : Revision.. ape khabar iman kita..ape khabar ibadah kita..ain rase ain masih tak cukup beramal..jangan give up..teruskan usaha..

Dan tak lupa jugak salam 1 Malaysia..selamat hari kemerdekaan yang ke53 buat semua..harini genap 53 tahun negara kita merdeka..kalau nak disebutkan satu2 pengorbanan tokoh2 pemimpin dan perwira negara, memang sampai esok pun tak abis..

Sama lah jugak kalau nak cerita ape yang berlaku pada negara kita harini..memang tak kan habis sampai bulan depan pun..tahu kah anda bahawa anda sedang dijajah?ain rase ramai yang tau tapi buat2 tak tau..penjajah memang dah lama tinggalkan malaysia..tapi mereka bukan tinggalkan camtu je..sebelum diorang bla,diorang akan pastikan yang kita akan still ikut telunjuk diorang walaupun telah 'merdeka'..ini kenyataan..macam yang ain cakap tadi..ramai yang dah tau kenyataan ni tapi buat2 tak tahu..sikap tak amik peduli dan 'lantak la ape nak jadi' buat kita makin mundur..bukan maju..

Tau tak 'barang' ape yang derang tinggalkan untuk kita?ain bagi 3 jela..sebab ni yang paling nampak:

1) Sistem pendidikan
2) Duit
3) Hiburan

Ketiga2 bende ni kalau mereka dapat kawal, makanye mereka tak perlu susah2 lagi menjajah kita..derang pakai remote control je..kawal dari jauh..golongan yang menjadi tumpuan utama semestinya golongan pelapis..golongan yang baru nak hidup ni haruslah dihanyutkan dengan hiburan dan sistem pendidikan yang tak berkesan..barulah mereka boleh bertepuk tangan melihat kita dari jauh..harini ain nak cerita pasal sistem pendidikan..pasal Duit ain dah banyak bercerita sebelum ni..dan pasal hiburan,mungkin di masa yang akan datang..insyaAllah..

Kalau kita tengok sistem pendidikan..fresh grad kita..yang lahir dari ipta kita..adakah mereka berkualiti?kita tengok cara pembelajaran kita..

1) Power hafal + faham ape yang dipelajari + power dalam implement dengan real life = pointer tinggi + pelajar cemerlang + boleh bekerja dengan hebat

2) Power hafal + faham ape yang dipelajari + tak boleh implement dengan real life = pointer tinggi + boleh bekerja (tapi tak boleh independent..kene ade orang tunjuk ajar)

3) Power hafal + tak faham ape yang dipelajari + tak boleh implement dengan real life = pointer tinggi + tak boleh bekerja (takde konfiden..tak tahu nak buat ape)

4) Tak power hafal + faham ape yang dipelajari + boleh implement dengan real life = pointer rendah + boleh bekerja dengan hebat

5) Tak power hafal + tak faham ape yang dipelajari + tak boleh implement dengan real life = hurm..ape nak jadi,daaa...

Kalau kita tengok..berapa ramai student kita yang berada dalam group 1? Boleh dibilang dengan jari..berapa rmai student kita yang berada di group 4?tak ramai..kenapa ain cakap camtu?sebab kebanyakan mereka yang berada di group 4 adalah lelaki..tapi disebabkan mereka malas menghafal,mereka tak berpeluang pun melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi..sebab?takde A dalam SPM..

Perempuan di mana,ye..yess..di group 2 dan 3..ain tak cakap semua..tapi kebanyakannye..ain rasa tu antara sebab kenapa lebih ramai perempuan yang berpelajaran tinggi berbanding lelaki..nampak tak?sistem pendidikan kita yang hanye mementingkan 'hafal' dari 'memahami' dan 'implement'..student dah disetkan minda mereka dengan 'asalkan pointer aku tinggi'.dan hasilnye..ramai fresh grad kita yang tak boleh bekerja walaupun pointer mereka tinggi menggunung..

Macam mane malaysia nak maju kalau minda kita masih mundur..kita tengok banyak sangat berita mengenai kes pembuangan bayi dan ADA dikalangan mereka adalah dari *golongan bijak pandai ini..tu baru kes buang bayi..belum lagi kes lain..macam mane malaysia nak maju kalau golongan bijak pandai kita pun kucar-kacir..
*golongan bijak pandai = student u dan graduate

Masih banyak lagi kelemahan sistem pendidikan kita..ni je yang sempat ain kupas disebabkan acu dah ngamuk ain ngadap handphone pagi2 buta..hehe..ain minta maaf jika statement ain mengundang kemarahan pembaca..ain bukan nak damn sape2..ain cuma nak kita sume bukak mata..sedar..hakikat yang sebenar bahawa minda masih dijajah..bukan asik mengejar kemajuan pembangunan je sampaikan kemajuan minda diabaikan..insyaAllah..kita semua boleh berubah kearah yang lebih baik..

Tambahan : untuk pengetahuan korang, sahabat ain ade mengupas mengenai Fitnah Akhir Zaman..artikel dia bagus..bacalah..insyaAllah dapat lahirkan kesedaran buat kita.. :)


Berharap kita tidak dijajah lagi,

Thursday, March 11, 2010

Cerita Wang (Rahsia Sebenar)




"Diceritakan oleh Abu Hurairah: Nabi (SAW) bersabda: Akan datang suatu ketika kepada umat manusia bilamana hanya penerima riba sahaja yang tinggal, dan jika manusia itu berkata dia tidak menerimanya, debu riba tetap akan mencapainya. Sunan Abu Dawood"

"Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Riba itu terbahagi kepada 70 jenis dan yang paling kecil sekali dosanya adalah umpama melakukan zina dengan ibu sendiri. (Ibn Majah, Baihaqi)"

"Abdullah Ibn Hanzala melapurkan bahawa Nabi SAW bersabda: Satu dirham hasil riba yang mana diterima oleh seseorang itu sedangkan dia mengetahuinya itu adalah riba', lebih teruk dari melakukan zina selama 36 kali. (Ahmad, Baihaqi)"

Monday, February 15, 2010

Kisah Dua Pulau - Bagaimana Kekayaan Rakyat Dicuri



Suatu ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga.

Lautan disekeliling pulau mereka amat bersih dan bebas dari pencemaran, dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang juga memberi sumber makanan untuk mereka. Pulau Aya juga mempunyai emas dan kaum Ayan terutamanya wanita amat sukakan perhiasan dari emas. Mereka juga menggunakan kepingan2 emas sebagai wang kerana bagi mereka emas adalah sesuatu yang bernilai. Raja Aya memerintah Pulau Aya dan dialah yang mengawal pengeluaran kepingan2 emas tersebut untuk digunakan sebagai wang. Kaum Ayan hidup saling bantu membantu sesama sendiri dan mereka juga tidak mengenakan riba, faedah atau bunga apabila mereka meminjam wang sesama mereka.

Ada kalanya, Aya dilanda ribut dan ombak besar memusnahkan rumah dan harta mereka, akan tetapi dengan segeranya mereka saling tolong menolong membantu membina dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika tiada ribut, hidup mereka adalah sebuah pulau dengan komuniti masyarakat yang aman dan hidup dengan harmoninya.

Dipulau yang sebuah lagi iaitu Baya yang mana penduduk disitu dipanggil kaum Bayan, ia diketuai oleh seorang pemimpin bernama Tuk Bayan, beliau adalah lelaki berumur yang dihormati dikalangan mereka. Pulau Bayan juga adalah pulau yang subur, kaum Bayan rata2nya adalah pesawah atau pun penternak lembu, kambing dan juga ayam. Sesetengah mereka amat mahir didalam bertukang dan membuat pelbagai barang kegunaan. Mereka juga hidup dengan aman dan saling tolong menolong sesama mereka didalam meneruskan kehidupan.

Kaum Bayan bagaimanapun tidaklah semoden kaum Ayan, mereka hanya bertukar2 barang sesama mereka. Mereka sedar yang pulau mereka tidak sehebat pulau Aya yang lebih kaya malah mereka menganggap pulau Ayan lebih canggih daripada pulau mereka sendiri. Mereka merasakan kaum Ayan bernasib baik dan lebih hebat daripada mereka. Sekali sekala mereka juga bertukar barangan dengan kaum Ayan, mereka tidak tahu apa itu konsep wang. Walaubagaimana pun kaum wanita mereka juga sukakan emas terutamanya barang kemas yang dibuat oleh kaum Ayan.

Pada satu hari, dua lelaki asing Gago dan Mago, yang belayar dengan kapal berlabuh di Pulau Aya. Kaum Ayan yang amat peramah dan baik hati itu menyambut kedatangan dua tetamu mereka itu. Gago dan Mago menceritakan kisah pelayaran mereka yang hebat dan ini mengkagumi kaum Ayan. Mereka juga menunjuk kepada kaum Ayan beberapa wang shiling emas dan wang kertas yang digunakan oleh orang2 ditempat lain.

Kaum Ayan tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini, malahan pada wang kertas itu ada gambar pisang yang juga merupakan buah kegemaran mereka. Gago dan Mago juga menunjukkan kepada mereka mesin pencetak wang kertas, apalagi, ini lantas menarik perhatian kaum Ayan. Mereka amat takjub kerana mereka tidak pernah melihat mesin sebegitu. Kaum Ayan amat meyenangi Gago dan Mago lantas mengajak mereka hidup bersama mereka dipulau itu.

Gago dan Mago kemudiannya meyakinkan kaum Ayan yang sesuatu yang dinamakan bank akan memberi faedah yang amat besar kepada mereka. Gago dan Mago menjelaskan yang bank akan memberikan tempat yang selamat untuk menyimpan wang emas mereka dan pada masa yang yang akan menaik taraf ekonomi dengan membolehkan simpanan itu dipinjamkan kepada orang lain untuk memberi manafaat yang mana jika tidak hanya tersimpan begitu sahaja. Kaum Ayan yang sememangnya suka membantu sesama mereka menganggap itu satu idea yang amat bagus. Gago dan Mago lantas membina sebuah bangunan kecil dengan tempat simpanan selamat dan bermulakan operasi bank yang pertama dipulau Aya.

Mereka meraikan penubuhan bank itu dengan meriahnya. Kaum Aya berpusu2 menyimpan wang emas mereka didalam bank Gago dan Mago. Bagi setiap emas yang disimpan kaum Aya akan diberi sekeping kertas bercetak yang mana mereka boleh gunakan untuk menuntut kembali wang emas mereka.

Kaum Aya amat gembira dengan wang kertas mereka, malah pada wang kertas tersebut terdapat gambar pemimpin mereka Raja Aya, yang mana membuatkan Raja Aya juga bangga dengannya

Sejumlah 100,000 kepingan emas didepositkan oleh kaum Ayan dan sejumlah wang kertas yang sama juga dikeluarkan. Sekarang mereka menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati lebih mudah menggunakannya berbanding kepingan emas yang berat sebelum ini. Wang kertas cetakan Gago dan Mago menjadi salah satunya matawang yang digunakan dipulau Aya. Tiada lagi mereka yang menggunakan kepingan emas.

Kaum Ayan amat gembira kerana dengan mudahnya mereka boleh berurusan sesama mereka. Mereka amat percayakan Gago dan Mago kerana setiap kali mereka memulangkan wang kertas tersebut, kepingan emas mereka dikembalikan semula. Gago dan Mago lama kelamaan menjadi seorang yang dihormati dan dipuji didalam masyarakat pulau Aya.

Cerita mengenai wang kertas di pulau Aya sampai kepengetahuan kaum Bayan dan mereka juga tertarik dengan wang kertas tersebut. Mereka lantas meminta bantuan Gago dan Mago. Dengan tersenyum, Gago dan Mago menyatakan mereka dengan senang hati juga ingin membantu mereka. Mereka kemudian membina bangunan yang sama di pulau Baya untuk digunakan sebagai bank dan Mago menjadi pengurus bank tersebut.

Berbeza dengan pulau Aya, pulau Baya tidak mempunyai emas untuk disimpan oleh kaum Bayan sebagai deposit. Mago menyatakan tidak mengapa, sebaliknya dia akan memberikan 1000 keping wang kertas kepada setiap keluarga di pulau Baya. Disebabkan ada 100 keluarga di Baya maka 100,000 keping wang kertas diedarkan.

Akan tetapi Mago memberi syarat, pada setiap tahun setiap keluarga mesti memulangkan 1100 keping wang tersebut, 10 peratus lebihan tersebut adalah untuk upah perkhidmatan mereka. Kaum Bayan mendapati wang kertas suatu yang ajaib, ia membuatkan urusan perniagaan mereka semakin mudah dan tiada lagi kerenah mencari orang lain yang ingin bertukar barangan dengan mereka. Mereka semakin boleh tumpukan perhatian kepada satu pekerjaan sahaja.

Ekonomi Aya dan Baya semakin berkembang dengan pesatnya, Gago dan Mago membuat keputusan sudah tiba masanya untuk menjalankan tipu muslihat mereka. Gago mendapati pada satu2 masa, hanya 10% sahaja simpanan emas dituntut oleh kaum Ayan, selebih 90% lagi selamat didalam simpanan. Melihat wang kertas cetakan mereka sudah semakin diterimapakai, mereka mencetak lagi sebanyak 900,000 wang kertas. Gago mengira, jika kaum Ayan datang menuntut kembali wang emas mereka, dengan kadar 10% tuntutan pada satu2 masa, 100,000 kepingan emas cukup untuk menampung tuntutan itu.

Gago kemudiannya meminjamkan wang kertas yang dicetak itu kepada penduduk Aya yang memerlukannya dengan kadar faedah 15%. Lama kelamaan kaum Ayan mendapati harga barangan mereka semakin meningkat. Mereka tertanya2 akan tetapi tiada siapa yang tahu mengapa terjadinya demikian. Sesetengah dari mereka yang meminjam wang dari Sago tidak mampu membayar balik pinjaman walaupun mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang yang lebih. Persaingan semakin sengit didalam perniagaan dan masyarakat menjadi semakin kurang prihatin dan tidak lagi ambil peduli kebajikan sesama mereka seperti sebelum ini.

Kaum Bayan juga mendapati perkara yang sama terjadi kepada mereka, pada mulanya mereka tidak nampak harga barangan yang meningkat, akan tetapi mereka perasan akan perubahan dari segi sikap sesama mereka. Mereka terpaksa lebih bersaing dan semakin kurang prihatin sesama mereka. Walaupun terpaksa bekerja keras dan dengan cuba bersaing, sesetengah mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Mereka tidak berjaya mendapat wang yang cukup untuk dipulangkan kepada bank kepunyaan Mago.

Mago mula merampas harta kepunyaan kaum Bayan yang tidak mampu membayar pinjaman seperti tanah dan juga ternakan seperti lembu dan kambing. Tuk Bayan juga antara mereka yang tidak mampu membayar balik akan tetapi Mago memberi pinjaman semula kepada Tuk Bayan dan juga kepada kaum Bayan yang lain yang mana ini menambah lagi hutang mereka. Tuk Bayan kemudian tidak mampu lagi membayar dan Mago membiayainya lagi dengan lebih banyak hutang yang perlu dibayar. Tuk Bayan mula mengelak dari berjumpa dengan Mago, beliau sungguh malu malah kuasa, keberanian dan kehormatan yang dimilikinya dahulu semakin hilang. Tuk Bayan sebaliknya mendapati Mago menjadi semakin kaya dengan mengambil harta kaumnya. Malah beliau merasakan kuasa, keberanian dan juga kehormatan yang dipunyainya dahulu sekarang beralih kepada Mago.

Selepas beberapa tahun, Gago dan Mago yang dahulunya berlabuh dipantai pulau Aya dengan hanya mesin pencetak, sekarang adalah tuan punya kebanyakan tanah dan harta dikedua2 pulau Aya dan Baya. Penduduk pulau tersebut sekarang hanya menjadi pekerja dan hidup didalam kemiskinan. Mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung hidup yang semakin sukar. Semakin kurang masa untuk bersama keluarga, rakan2 malahan untuk beribadat. Masalah sosial semakin berleluasa, manusia semakin tidak pedulikan manusia yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi dengan kemiskinan, penyakit sosial lain seperti kecurian, rompakan, pelacuran juga semakin meningkat. Begitu juga dengan alam sekitar mereka yang dahulunya bersih sekarang sudah tercemar akibat aktiviti penduduk Aya dan Baya sendiri yang terpaksa mengekspoitasi sumber alam untuk membayar hutang2 mereka.

Cara hidup mereka sikit demi sedikit berubah kerana Gago dan Mago memperkenalkan budaya "hebat" olahan masyarakat "hebat" dari mana mereka berasal. Inilah penghujung budaya prihatin dan penyayang masyarakat pulau Aya dan Baya yang hidup dengan aman dan prihatin sebelum Gago dan Mago datang dengan mesin pencetak.

Gago dan Mago tidak berhenti disitu, mereka terus menyebarkan pengaruh mereka manusia dan masyarakat lain. Impian utama mereka adalah untuk menjadi raja yang memerintah dunia dengan mewujudkan satu sistem perbankan dengan satu sistem kewangan global.

Kita boleh menganggap, berdasarkan perumpamaan diatas, dibawah sistem kewangan antarabangsa, kejadian yang berlaku diatas adalah apa yang berlaku pada negara2 membangun diserata dunia termasuklah negara kita Malaysia.

1. Inilah cara bagaimana wang dicipta dibawah sistem perbankan semasa. Jika keperluan simpanan disyaratkan adalah 10% maka dengan simpanan sebanyak 100,000, maka jumlah pinjaman yang boleh diberikan adalah sebanyak 1,000,000 (100,000/0.1).

2. Lebih mudah untuk melihat permasalahan diatas dengan formula untuk pertukaran yang mana MV = PY
Didalam contoh diatas, dengan bertambahkan wang didalam kitaran M tanpa bertambahnya dengan kadar yang sama akan jumlah barangan atau perkhidmatan Y, paras harga P akan meningkat (dengan anggapan kadar kitaran, V, kekal tidak berubah).

3. Pinjaman (bercampur dengan bunga/faedah) tidak akan habis dibayar kerana bunga/faedah tersebut tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan faedah 15% dari 900,000 iaitu 135,000, jadi jumlah yang perlu dibayar adalah 1,035,000 tetapi hanya 1,000,000 wang yang wujud didalam sistem, maka ketidak bolehan membayar balik memang tersedia didalam sistem tersebut.

4. Disebabkan wang faedah/bunga yang dikenakan tidak wujud didalam sistem itu maka persaingan untuk mengaut wang sedia berlaku, ini dapat dilihat dalam persaingan didalam perniagaan. Sikap manusia secara keseluruhan juga berubah dan lebih mementingkan diri sendiri.

5. Disebabkan tiada wang yang cukup untuk membayar keseluruhan hutang didalam sistem, akan terdapat mereka yang tidak dapat membayar hutang (bankrup/harta dirampas/rumah dilelong).

6. Bayangkan jika anda meminjam Rm10,000 dari rakan anda, apakah kelakuan anda terhadap rakan anda itu tidak berubah, contohnya apabila terserempak dijalanan? Lebih2 lagi apabila tempoh masa pinjaman yang anda persetujui sebelum ini sudah terlewat?

Kredit kepada Prof Ahamed Kameel Mydin Meera untuk bukunya "The Theft Of Nation - Returning to Gold"

Tuesday, February 9, 2010

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa

Alhamdulillah..syukur dengan nikmat dan limpah kurnia yg Allah berikan kepada aku hrni..Alhamdulillah emosi aku pada hari ni jauh lebih baik dari semalam..aku memujuk diriku dengan membace semula artikel2 dari Syurga di Dunia..artikel2 dari blog tersebut membuatkan aku kembali tenang dan lebih selesa hari ni..byk sgt ilmu yang telah dikongsi bersama membuatkan aku xpenah jemu membace blog tersebut wlaupn telah beberapa kali..

Hari ni aku nk share ngn korang mengenai sistem kewangan yang telah didedahkan oleh saudara Helmis di dalam blog nya..Siri ceramah Sheikh Imran Hosein ini telah pn diterjemah ke dalam bahasa melayu..korang bleh ke youtube untuk menonton kesemua siri yang ada (12 part semuanye)..


Kredit kepada: Syurga di Dunia (Islam dan Sistem Kewangan Antarabangsa)
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan].Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.