Tuesday, August 31, 2010

Melayu Mudah Lupa

Salam merdeka..ain nak share satu sajak yang dideklamasikan oleh mantan pm kita Tun Dato' Dr Mahathir Mohamad di persidangan UMNO 2001..

Ain suke sajak ni bukan sebab ain pro-kerajaan ataupun anti-pembangkang..siapa yang deklamasikan sajak ni tak penting..yang penting adalah isi nya..pertama kali ain dengar sajak ni..ain sebak..sampai menitiskan air mata..mengenangkan ape yang berlaku pada mereka yang sebangsa dan seagama dengan ain..

Ain tgk Edisi7 tengahari tadi..50% darinya adalah berita yang tak best..masalah mat rempit @ samseng jalanan..serbuan di hotel2 20++ pasangan ditangkap khalwat..yang kebanyakannya adalah student ipt..pelacuran..kedai yang tersorok untuk mereka yang ponteng puasa..dan banyak lagi..siapa yang terlibat kalau bukan mereka yang sebangsa dan seagama dengan ain..sedih..sedih mengenangkan 'aktiviti' yang mereka lakukan di bulab Ramadhan ni..

Bagi ain..sajak ni memperingatkan kita semua..agar tak mudah alpa dan leka dengan hiburan dan kekayaan dunia..sehinggakan kita lupa siapa dan dari mana asalnya kita..sehingga kita lupa yang minda kita semakin mundur dengan kelalaian dan keseronokan duniawi..sama2lah kita muhasabah diri..semoga esok lebih baik dari harini..dan hari2 berikutnya lebih baik dari hari2 sebelumnya..

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai..


Akan terus berjuang,

9 comments:

mrnoble said...

byk sgt hiburan.. spoilt laa

hamzah ian said...

gua sokong..

nabilah_2908 said...

yupp..sy pun suka dgn sajak ni..mmg tk dpt di nafikan ini lah realiti org melayu kita sekarang..


jom ke APA KATA HATI pulak,
29 OGOS YANG LEPAS

Nas said...

ya! melayu mmg mudah lupa..
asyik sangat dengan hiburn..
bangsa lain takdela sangat..
mereka kejar2 cari ilmu...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

melayu tak lupa..buat buat lupa ..penakut ..asik layu tak sego sego

syahira ariff said...

org barat tntu bertepuk tangan kerana agenda mereka sudah berjaya kan

ILA HonEyBuNNy said...

janganlah kita mnjadi Melayu yg mudah lupa...;-)

ciK LyndaWawa said...

jgn jadi Me-layu suda..bangkitla wahai anak bangsa...

F. said...

tepuk dada tanya selera or tepuk dada tanya minda.. Melayu byk ikut selera hati tanpa menggunakan akal fikiran.. so we as young generation should change it to better future!!