Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan yang tak ternilai bagi pasangan suami dan isteri..tapi sejak kebelakangan ni, kebanyakan ibu bapa mula alpa dan melalaikan anak mereka..
Aku tak nak kupas banyak2 hal ni sebab terlalu panjang..aku just nak fokuskan satu kes je iaitu tertinggal anak atau dalam erti kata lain, lalai memastikan anak berada di dalam perhatian ibu/bapa..
Ada segelintir ibu/bapa senang-senang je tinggalkan anak merata..aku jadi pelik sangat..macam mana boleh tertinggal tu?? banyak kes berlaku berdasarkan pengalaman aku sendiri..dan kebanyakannya di blok tempat yang aku sewa ni:
1) Tertinggal anak di tingkat lain
Adelah seorang mak ni..kira punya kira anak dia..tak cukup sorang..terpaksa mencari anak dari satu tingkat ke tingkat yang lain..tak tau tingkat mane anak dia tercampak..mungkin ramai sangat anak, kot..tak perasan sorang hilang..
Lagi satu lagi kes ni.. mak dah naik lif dan anak tertinggal..terpaksa turun balik cari anak di ground floor..boleh pulak tertinggal anak..aku tengok handphone ade je pulak kat tangan tu..anak boleh hilang..handphone tu lagi penting ke dari anak?
2) Emak main handphone
Kes ni lagi best..si emak sibuk dengan telefon bimbit..mata tak lekang di telefon..dua-dua belah tangan pada telefon..nasib baik la anak dia bijak..anak dia bagi tau mak dia.."kita dah sampai" sambil tarik tangan mak dia..geram nye aku tengok..huh! sabar jela..
3) Budak meraung di waktu pagi memanggil ayah
Ade satu pagi tu dalam 530..aku dikejutkan dengan suara budak meraung dan menjerit sekuat-kuat hati memanggil ayahnya..ade la dalam setengah jam..aku ade gak menjengah kat tepi pintu..almaklumla prihatin..aku tengok budak tu takde pun kat floor aku..nak jengah jauh2 tak berani pulak..huhu..entah dari floor mane pun aku tak tahu..sangat kuat suaranya..menggegarkan flat..macam mane,tuuuu...macam mane anak boleh tertinggal di luar rumah di pagi hari...pelik,la..korang pelik tak? hurm...
4) Surau
Kat sini, surau selalunya menjadi tempat lost n found kanak-kanak..dalam sebulan,ade je announcement hilang anak dari pihak surau..kagum dengan pihak surau yang tak pernah jemu menjaga ketenteraman flat ni..
Tolong...tolong, la hargai anak-anak yang Allah dah kurniakan pada kamu-kamu ni..ramai yang sangat inginkan anak..tapi masih belum dikurniakan..bersyukurlah dengan rezeki yang Allah bagi..jaga lah mereka sebaiknya..sayangilah anak-anak kita..mereka pewaris generasi akan datang..
Renung-renungkanlah,
4 comments:
pelik juga yer...mana la akal fikiran dia masa tu sampai boleh tertinggal anak....
haih...mcm2 org zaman skrg ni...
bila dah hilang..kalau kena culik ke..tk pun berlaku apa2 kat anak tu..ha...ngis bnyk pun tk guna dah...
tula nabilah..zaman sekarang..sume bende pelik2 jadi..kucing pun tau sayang anak..apatah lagi manusia yang ade akal..selagi tak berubah,ade akal pon tak guna..
haish anak pun boleh wat main2 eh. xambil perhatian langsung. kalau kt pasaraya pun sllu jadik. cmneee laaa boleh xsedar anak hilang. kan?
btul2..kat parkson yang tak ramai orang tu pun ade je ilang anak..hurm..
Post a Comment