Semalam aku baru je pulang dari Melaka..biasa, la..bila nak balik PJ je rase sangat berat..huhu..aktiviti aku kat Melaka sangat penuh sampai terasa masa berlalu sangat pantas..antara aktiviti yang aku buat adalah Projek Badak Berendam..ahaha..semalam aku amik tender projek ni disebabkan aku agak rajin buat kuih..kalau lauk pauk karang, lain pulak jadi nye..hohoho..
Badak Berendam
Bahan (A) - Kuah santan:
Santan
Air
Garam
sedikit tepung gandum
Bahan (B) - Inti kelapa:
2 ketul gula kabung
2 biji kelapa
Gula pasir (secukup rasa)
Daun pandan
Bahan (C) - Kuih :
Tepung pulut
Air suam
Garam (secukup rasa)
Cara-cara:
Untuk kuah santan:
1) Masukan santan + air + garam + sedikit tepung gandum (untuk tambah likat pada kuah)
2) Kacau sampai menggelegak
3) Siap!
Untuk inti:
1) Cairkan 2 ketul gula kabung bersama2 daun pandan
2) Bila dah cair,masukan kelapa dan gula pasir
3) Jumlah gula secukup rasa
4) Kacau hingga sebati
5) Siap!
Untuk bahagian kuih:
1) Tepung pulut + air suam (yang telah dilarutkan dengan garam)
2) Uli sehingga menjadi adunan seperti ini
Gabungan
1) Bentukkan kuih bulat2 dengan inti kelapa di bahagian dalam
2) Rebuskan kuih tadi
3) Tunggu sehingga terapung (tanda dah masak)
4) Masukan dalam kuah santan
5) Siap!
Rebus macam korang buat kuih buah melaka..
Bila dah timbul tu tandanya dah masak!
Kuih yang dah siap tadi dimasukan ke dalam kuah santan
Dah siap!
Sesiapa yang suka durian, nak letak durian dalam inti badak berendam ni pun boleh..memang menambahkan sesedapannya..agak leceh sikit buat kuih ni sebab banyak sangat step..tapi penat tu akan hilang bila dah siap dan rasanya yang sangat sedap!heee...
With Love,
8 comments:
hmm...biasanya jumpa kuih ni time bulan puasa... ;)
kalau kita warnakan pun boleh kan..? (^_^)
Kitorang panggil ni kuih bom.. Dia warna hijau.. Pastu kat luar dia tabur jugak kelapa yang telah diparut..
Entry Terbaru 1 : Titah Khas Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai
Entry Terbaru 2 : Sokong Bersih Tapi Tak pernah Mengundi
nabilah:
boleh je warnakan..tapi kitorang biase buat warna putih.. ;)
tieah:
tabur kelapa kat luar? ade kuah santan jugak,ke? tak berterabur ke kelapa tu dalam kuah santan nanti? huuu...
biasa kuih yang tabur kelapa kat luar dan berwarna hijau tu kitorang panggil buah melaka..tapi dalam dia bukan inti kelapa..inti gula kabung..lain tempat, lain cara..kan? ;)
cm sedap lemak brkrim je ni..hehehehe
AK..cuba,la..memang lemak berkrim.. ;)
wahhhhh...
nak mencuba la bila ada dekat rumah neh...
macam sedappp ja tu tgk...
Ade orang tu dah smpai kedah,kan.. ;p ape tggu lagi..buat jangan tak buat..hee
miss u dear
hee gula kabung tu gula melaka ker?
Post a Comment