Friday, June 17, 2011

Kelebihan Al-Ma'thurat

Hari Jumaat datang lagi! Yeay! macam biase aku memang suke hari Jumaat..selain penghulu segala hari, hari ni aku boleh balik awal! hari aku pulang ke kampung halaman jugak adalah hari Jumaat.. dan..dan..dan...esok adalah WEEKEND! yeay! heee...sebab tula hari Jumaat sangat special buat aku...

Dalam sesi Renungan kita pada hari ini, jom kita imbas kembali Kelebihan Al-Ma'thurat..semoga ia akan menjadi amalan kita pagi dan petang:

  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah SWT menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah SWT berhak untuk meredhainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah SWT hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang paling dekat dengan Allah swt. Baginda mengajar kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid. Rasulullah SAW sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Jadi, kita contohilah sunnah Rasulullah SAW, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah SAW sebagai cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

PS: Jangan baca or hafal je tau! kena tau maknanya sekali.... ;)
(terpengaruh dengan filem KARAK)

Selamat beramal,

6 comments:

sya fieqa said...

hari jumaat penghulu hari..
;)
piqa xpandai arab sgt..
cikit2 boleh la taw mknenyer..
huhu~

nabilah_2908 said...

hmm...bestnya esok cuti...sy masih keje...huhu.. :)

thnks sudi share..moga kita sama2 dpt mnfaatnya.. :)

ciK LyndaWawa igUana said...

selamat hari jumaat ain....

ainz said...

piqa: kita pun tatau arab gak..bace terjemahan dia je.. ;)

nabilah: syukur sgt dapat keje camni..jumaat balik awal, sabtu ahad cuti..sama2 la kita beramal.. :)

WaWa: salam Jumaat buat Wawa..

HonEyBuNNy said...

banyak hikmah baca al-ma'thurat kan...

ila dapat hafal setengah ja..then xterhafal..hehe...

salam jumaat...;-)

ainz said...

takpe..jangan putus asa..teruskan menghafal.. :)