Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan : Revision Part I

Assalamualaikum...

Bersemperna bulan Ramadhan yang bakal tiba, aku terase nk ulang kaji balik mengenai puase..mggu lepas, aku dgr sarapan mnda..antara persiapan Ramadhan yang perlu dibuat adalah ulang kaji..ingat balik semua perkara2 tentang berpuasa..jom kita imbas kembali ape yang kita dah blaja time kat skolah agame dlu..kot2 ade yang xingat dan terlepas pandang..hee~

Erti Puasa

Erti puasa dari segi bahasa adalah menahan diri.
Erti puasa dari segi syara' pula adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Firman Allah S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." - (Surah Al-Baqarah: 183)

Niat dan Waktu Berniat

Lafaz niat:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Waktu berniat:

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari (masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib) hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh).

Doa Berbuka Puase


اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Perkara Yang Membatalkan Puasa

  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun (contoh : memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi)
  • Muntah dengan sengaja.
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja.
  • Keluar darah haid atau nifas.
  • Gila (hilang akal).
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.
 Kerugian Meninggalkan Puasa

Sabda Nabi Muhammad saw maksudnya:
“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

to be cont..



4 comments:

Amni said...

Salam Ramadhan Al-Mubaraq.. =) moga ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang jauh lebih baik.. insha allah..

ainz said...

amin...jadikan Ramadhan kali ni seperti Ramadhan terakhir buat kita..supaye kita bersungguh2 mengerjakan ibadah kepadaNya..

mrnoble said...

ckp pasal rokok. bleh plak perokok ni x isap rokok time siang. masuk je waktu berbuka maka berasap la mereka. haha!

ainz said...

Tau xpe..ain pn plik jgk..kalau bleh tahan ketagih,msti boleh je brhenti,kn?pape pn sume dr hati jgk..kalo ht kuat ckp xmau brenti,xkn bleh benti jgk..mkn la ape jenis ubat pon..