Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan : Revision Part II

Ok..kita smbung lagi ulang kaji kita..kali ni aku nk dedahkan kelebihan-kelebihan yang Allah swt bg kat kita..Subhanallah..betapa kasih dan sayangnya Allah kepada hambaNya yang lemah ini..ape lagi! jom,la! ni la masenye kita beramal bersungguh-sungguh! amik pluang dlm 1 bulan ini utk menyucikan ht. tawaran dah ade,tggl kita je nk ambik ke idak..bak kate lirik lagu KRU:
Ayuh lekas-lekas,
Sementara masih panas,
Terimalah pahala, ibadah tanpa was-was,
Tawaran ditutup bila Ramadhan tertutup,
Anggap lah Ramadhan ni yang terakhir buatmu, yeahhh...

Ahahaha..pepandai je aku ubah lirik..k,la..tanpe membuang mase, check this out:

Kelebihan2 Bulan Ramadhan

1. Syaitan dirantai dan dibelenggu.

Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, dirantai semua syaitan dan jin-jin yang derhaka.(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu, namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang ke arah kejahatan walau di ketika syaitan diikat.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan amalan fardhu diganda 70 kali.

Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:-

“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Ditutup pintu neraka. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

4. Allah Perhiaskan Syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan.

5. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah saw bersabda: “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdoa akan dikabulkan doanya.”

6. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Tawaran Pengampunan Dosa Lepas dan Akan Datang

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.”

Rasulullah bersabda “Rugilah puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

8. Turunnya Al-Quran

Peringkat pertama diturunkan Al-Quran itu sekaligus dari Lauh al-Mahfuz (langit ketujuh) ke Baitul Izzah (di langit dunia) pada malam Lailatul Qadr iaitu malam yang penuh barakah di dalam bulan Ramadhan.

9. Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya : “Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu malam”

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 1-5 maksudnya: 

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar

Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:

Ibnu Abbas ra ia berkata, Rasulullah saw bersabda : “Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486))

Subhanallah...Subhanallah..ini lah mase nye..ini lah waktunya kita mengejar ganjaran yang unlimited dr Allah..beribadah dengan penuh keikhlasan..selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan buat kita semua...

p:s kalo korang nk tau lebih lanjut mengenai Puase dan Ramadhan,korang bleh rujuk buku agama seperti Himpunan Soal-Jawab Puasa oleh Tuan Ahmad Adnan Fadzil dan Tuan Zulkarnain Dollah terbitan PTS dan Adab Ramadan oleh Absyar Fuad & Suzana Ismail terbitan PTS..dan mcm2 lagi buku-buku di pasaran..selamat mengulangkaji.. :)



7 comments:

Mr Noble said...

gud info :D

ainz said...

Thanx! Saje post psal ramadhan hrni..senang untuk rujukan..bkn ntk ain sorang je..tp ntk sume org.. :)

nas said...

Ainz..
thx sharing..
tak sangke lak hari ni kita da stat berpuasa....
harap2 akan aku dapat gandakan ganjaran bila melakukan ibadah waktu ramadhan..:)


jom bace entri terbaru nas klik:

JOM TARAWIH!!

Amni said...

malam tadi mirul kejut pukul 3 lebih.. awal sangat untuk sahur.. ingatkan nak qiam dulu.. sekali tak de air pulak. adei! sampai subuh tu... selalu ada kes macam tu sekarang ni...pagi ni sambung balik takde air, ada masa zohor jap, lepas tu pukul 6 petang baru ada air lagi... dah tengah malam, air tak de lagi.. takung jugak air.. tapi untuk wuduk kan kena air suci.. tak boleh air mustakmal.. umph!

ainz said...

Nas,
Welcome!dah bace entri trbru nas..menarik sbb ade roti jala.. :p

Amni,
Xde air?sshnye!hmm..cpt2 la ok,kn..mudah2an mlm ni kamu dpt qiam dgn tenang.. :)

ciK LyndaWawa igUana said...

lirik ke yang atas tu tadi??

ainz said...

lirik yang telah diubah-suai..hehe~