Tuesday, August 31, 2010

Masih dijajah?

Assalamualaikum..sedar tak sedar,kita dah pun berada di 10 hari terakhir Ramadhan yang penuh barakah ni..sekejap je masa berlalu..ain rase baru semalam ain post entri Ramadhan : Revision.. ape khabar iman kita..ape khabar ibadah kita..ain rase ain masih tak cukup beramal..jangan give up..teruskan usaha..

Dan tak lupa jugak salam 1 Malaysia..selamat hari kemerdekaan yang ke53 buat semua..harini genap 53 tahun negara kita merdeka..kalau nak disebutkan satu2 pengorbanan tokoh2 pemimpin dan perwira negara, memang sampai esok pun tak abis..

Sama lah jugak kalau nak cerita ape yang berlaku pada negara kita harini..memang tak kan habis sampai bulan depan pun..tahu kah anda bahawa anda sedang dijajah?ain rase ramai yang tau tapi buat2 tak tau..penjajah memang dah lama tinggalkan malaysia..tapi mereka bukan tinggalkan camtu je..sebelum diorang bla,diorang akan pastikan yang kita akan still ikut telunjuk diorang walaupun telah 'merdeka'..ini kenyataan..macam yang ain cakap tadi..ramai yang dah tau kenyataan ni tapi buat2 tak tahu..sikap tak amik peduli dan 'lantak la ape nak jadi' buat kita makin mundur..bukan maju..

Tau tak 'barang' ape yang derang tinggalkan untuk kita?ain bagi 3 jela..sebab ni yang paling nampak:

1) Sistem pendidikan
2) Duit
3) Hiburan

Ketiga2 bende ni kalau mereka dapat kawal, makanye mereka tak perlu susah2 lagi menjajah kita..derang pakai remote control je..kawal dari jauh..golongan yang menjadi tumpuan utama semestinya golongan pelapis..golongan yang baru nak hidup ni haruslah dihanyutkan dengan hiburan dan sistem pendidikan yang tak berkesan..barulah mereka boleh bertepuk tangan melihat kita dari jauh..harini ain nak cerita pasal sistem pendidikan..pasal Duit ain dah banyak bercerita sebelum ni..dan pasal hiburan,mungkin di masa yang akan datang..insyaAllah..

Kalau kita tengok sistem pendidikan..fresh grad kita..yang lahir dari ipta kita..adakah mereka berkualiti?kita tengok cara pembelajaran kita..

1) Power hafal + faham ape yang dipelajari + power dalam implement dengan real life = pointer tinggi + pelajar cemerlang + boleh bekerja dengan hebat

2) Power hafal + faham ape yang dipelajari + tak boleh implement dengan real life = pointer tinggi + boleh bekerja (tapi tak boleh independent..kene ade orang tunjuk ajar)

3) Power hafal + tak faham ape yang dipelajari + tak boleh implement dengan real life = pointer tinggi + tak boleh bekerja (takde konfiden..tak tahu nak buat ape)

4) Tak power hafal + faham ape yang dipelajari + boleh implement dengan real life = pointer rendah + boleh bekerja dengan hebat

5) Tak power hafal + tak faham ape yang dipelajari + tak boleh implement dengan real life = hurm..ape nak jadi,daaa...

Kalau kita tengok..berapa ramai student kita yang berada dalam group 1? Boleh dibilang dengan jari..berapa rmai student kita yang berada di group 4?tak ramai..kenapa ain cakap camtu?sebab kebanyakan mereka yang berada di group 4 adalah lelaki..tapi disebabkan mereka malas menghafal,mereka tak berpeluang pun melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi..sebab?takde A dalam SPM..

Perempuan di mana,ye..yess..di group 2 dan 3..ain tak cakap semua..tapi kebanyakannye..ain rasa tu antara sebab kenapa lebih ramai perempuan yang berpelajaran tinggi berbanding lelaki..nampak tak?sistem pendidikan kita yang hanye mementingkan 'hafal' dari 'memahami' dan 'implement'..student dah disetkan minda mereka dengan 'asalkan pointer aku tinggi'.dan hasilnye..ramai fresh grad kita yang tak boleh bekerja walaupun pointer mereka tinggi menggunung..

Macam mane malaysia nak maju kalau minda kita masih mundur..kita tengok banyak sangat berita mengenai kes pembuangan bayi dan ADA dikalangan mereka adalah dari *golongan bijak pandai ini..tu baru kes buang bayi..belum lagi kes lain..macam mane malaysia nak maju kalau golongan bijak pandai kita pun kucar-kacir..
*golongan bijak pandai = student u dan graduate

Masih banyak lagi kelemahan sistem pendidikan kita..ni je yang sempat ain kupas disebabkan acu dah ngamuk ain ngadap handphone pagi2 buta..hehe..ain minta maaf jika statement ain mengundang kemarahan pembaca..ain bukan nak damn sape2..ain cuma nak kita sume bukak mata..sedar..hakikat yang sebenar bahawa minda masih dijajah..bukan asik mengejar kemajuan pembangunan je sampaikan kemajuan minda diabaikan..insyaAllah..kita semua boleh berubah kearah yang lebih baik..

Tambahan : untuk pengetahuan korang, sahabat ain ade mengupas mengenai Fitnah Akhir Zaman..artikel dia bagus..bacalah..insyaAllah dapat lahirkan kesedaran buat kita.. :)


Berharap kita tidak dijajah lagi,

5 comments:

syahira ariff said...

payah jugak yer
kalau dikira seluruh dunia telah dijajah dgn pemikiran penjajah
walhal kat timur tgh sendiri pun org arab masih menyanjung tinggi dasar sosialis dan fahaman orang putih
kalau ainz gi saner kan,org islam asia mcm kita nie org arab anggap mcm golongan kelas ketiga jer
=(

Nas said...

setuju ngan post kamu nie ainz..
yelah,mmg la perempuan ramai di ipta sebab mereka lebih pandai menghafal drpd lelaki sebab sifat natural mereka..yelah,lelaki manalah leh menghafal banyak2 kan..lagi2 duduk mendengar kuliah 2 jam.....biasa kan kalau kita tengok ramai pelajar lelaki tidur dlm kelas berbanding perempuan sebab ini lah...
huhu..tapi lelaki boelh bekerja dengan hebat walaupun pelajaranya sederhana..tp bukan smua perempuan cm2..ramai gak prempuan yang boleh implement..huhu..panjang giler aku komen nih..hahahahahahahahahaaahahahahahahaha...ok2....merdeka!!!!

mrnoble said...

kat sini byk pekerja asing. biasa kita nmpk diorang keje sbg buruh kasar, tp yg kita tak nmpk yg kerja sbg professional pon ramai. tu pon satu bentuk penjajahan baru. mereka ni actually amat merugikan negara kerana duit kita akan terbang keluar setiap kali diorang send duit ke negara asal masing2. apa akan terjadi kalu duit keluar melebihi duit yg masuk? lu fikir la sendiri :D

Anonymous said...

I'm happy that you wrote this :)

Anonymous said...

Great read! I wish you could follow up on this topic?