Thursday, November 26, 2009

Buat teman

Ketika aku berjalan di tepian pantai Melaka
menikmati keindahan ciptaanNya
angin bertiup lembut ke pipiku
deruan ombak singgah ke telingaku
menggamitku mengimbas kembali memori dahulu

Terkenang aku kelembutan angin dan ombak
di tepian pantai Kuala Perlis
yang pernah bersama menemaniku di saat aku terluka
yang pernah mendengar luahan hatiku
yang pernah melihat kedukaanku

Masakan aku lupa ketika dulu
hidupku terumbang ambing berdepan ujianMu
aku bersyukur kepadaMu
kerana mengurniakan sahabat2 di sisiku
yang datang menasihati dan membimbingku
ke jalan yang diredhaiMu

Ya Allah...
rindunya aku pada sahabat2ku ini
dahulu sering bersamaku
tapi kini aku kesepian sendiri
apakah khabarnya mereka di sana
berbahagiakah mereka...
atau berdukakah mereka...

Ya Allah...
aku terlalu rindu ketika itu
ketika kami sama2 menuntut ilmu
ketika kami sama2 bergurau senda
ketika kami same2 berkongsi keresahan
ketika kami sama2 berkongsi kegembiraan

Ligat berputar di dalam kotak ingatanku
kata2 semangat dan nasihat dari Anik
warna kuning yang menghiasi Syada
deruan enjin kancil putih Zawatil
cerita Kakrul yang slalu menceriakan suasana
perkongsian ilmu bersama Kakju dan Kakfarah
Semuanya aku simpan jauh dalam kotak hati ku
Aku rindu...aku rindukan mereka...

Ya Allah..
Kau kuatkanlah hati kami
menuju keredhaanMu
Kau kuatkanlah semangat dalam hati kami
untuk berjihad ke jalanMu
Kau cahayakanlah hati kami
dengan Nur-HidayahMu
Kau tabahkanlah hati kami
untuk menempuh ujianMu
hanya Kau lah tempat aku mengadu..
hanya Kau lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani

Wahai angin...wahai ombak...
sampaikan salam rinduku
buat semua sahabatku yang tercinta
semoga mereka sentiasa diberkati oleh Mu
semoga mereka sentiasa dirahmati oleh Mu
Amin..Amin..Ya Robbal A'lamin

♥ ainz ♥

No comments: