Friday, January 6, 2012

2012 Celebratio​n Part III

Salam Jumaat semua! ^_^

Okay kita sambung cerita..korang ingat tak aku pernah planning nak panjat Broga DI SINI? kebetulan cuti yang panjang, aku terus roger Marina untuk merealisasikan impian aku..bertambah2 excited bile Izza cakap dia nak join sekali..wahhhh! best! kadang2 betul cakap orang; plan last minute biasa lebih menjadi.. (terpaksa setuju walaupun aku tak berapa suka last minute planning/cancelling..huu)

Pagi tu, boleh tak aku tak sedar bangun...mane taknye..mlm sebelum tu tido pun pukul 2..countdown punye pasal..nasib baik hosmet ade kejutkan aku pagi tu..kami bertolak selepas subuh, tak seperti yang dirancang..pukul 730 baru start mendaki..sampai puncak broga dalam pukul 9..alhamdulillah..kat sini aku nak suggest something sebelum naik broga:

1) Keluar rumah sebelum subuh
Kalau boleh, subuh di semenyih..start panjat lepas subuh..boleh tengok sunrise! sangat cantik..

2) Bawak touchlight
Kalau nak panjat selepas subuh, better korang bawak touchlight sendiri..

3) Bawak air minuman
Air jangan lupa untuk membasahkan tekak..

4) Pastikan sport/hiking shoes korang grip
Struktur tanah broga sangat keras dan licin..korang akan mudah terjatuh..so,hati-hati k?

5) Pakai baju lengan panjang
Banyak lalang..kalau korang pakai lengan pendek, mesti korang akan tergaru2 kemiangan..ahaha..

6) Pakai cap/tuala tutup kepala/payung/spek hitam
Aku sampai puncak dalam pukul 9 pagi pun dah terasa macam pukul 12 tengah hari..susah nak cari tempat berteduh..sebab takde pokok..so, bende2 ni agak penting jugak untuk korang..

7) Pakai sunblock dan lip balm
Matahari sangat terik..aku nasihatkan korang pkai sunblock dan lip balm..

8) Jangan pakai seluar berwarna putih
Korang akan garu kepala bila dah sampai puncak..okay! pandai naik,turun tak reti..huu..sangat curam dan licin..so, cara terbaik adalah dengan menggelongsor..percayalah..sangat best! jangan risau..ade tali disediakan :)

8 tips! banyak jugak tu..harap tips di atas membantu..keseluruhannye,sangat puas hati..dapat snap picture banyak2 dan cantik2..walaupun dengan camera cikai je..hee..apa yang paling penting aku belajar time hiking adalah KERJASAMA..korang akan rasa betapa bertuahnya ade kawan2 yang sudi menghulurkan bantuan dalam keadaan yang susah..that's why I love hiking!


[Puncak Broga]

[Cantik,kan?? ]

Alhamdulillah..satu pengalaman yang tak dapat dilupakan di pagi tahun baru 2012..terima kasih kawan2.. :)


With Love,

8 comments:

Aliesha Kirana said...

bestnyee hikingg. AK cuma takut AK semput je. hehee. risau, kang nyusahkan kwn2 nk menunggu. hee

ainz said...

kadang2 hiking akan lebih mengajar kita erti persahabatan..time tu kita akan tengok mmber2 kita akan tunggu kita..sama2 bekerjasama untuk sampai ke puncak..kita akan terharu.. ^_^

nabilah_2908 said...

seronoknya....

bab gelongsor tu paling best rasanya.. :)

Juliet_iRa~" said...

bestnyaa..

xpernah dpt hiking lagi..

huuuuuuuuu

Cik SHiNJU said...

Salam kenal...

Saya jenguk sini atas 'arahan' Nabilah_2908.. huhuhu...

Best kan panjat Broga...
Saya naik thn 2010 dulu..

ainz said...

Nabilah:
btul2..sangat best! lagi2 bila dengan member..rase broga tu cam kita yang punye.. :D

Ira:
Boleh cuba..aktiviti yang sangat menarik.. ;)

Shinju:
owh! yeke...terima kasih kerana sudi datang menjenguk..saya baru nak berjinak2 dalam aktiviti hiking..harap boleh tunjuk ajar.. :)

nabilah_2908 said...

@Cik Shinju..

errk...arahan ke..? huhu... ;)

Ain....ok ke..? nape sedih2 ni..hmm?

ciK LyndaWawa said...

tahun baru atas gunung?waaaa..best nya....