Thursday, January 12, 2012

Memujuk Hati

Kenapa masih bersedih
Kenapa masih menangis
Mungkinkah hati tak cukup redha
Mungkinkah hati tak cukup syukur
Mungkin jua masih tak cukup kuat

Perlukah meratap hajat yang tak sampai
Perlukah bersedih kerana hal duniawi
Lumrah yang tak mampu aku selindung lagi

Sejenak aku terfikir
Mungkin usaha belum mencukupi
Mungkin belum ketemu rezeki
Mungkin jua takdir ilahi
Hanya Dia lebih mengetahui
Yang terbaik bagi diri ini

Aku hanya hamba yang lemah
Mampu usaha dan menadah tangan

Kuatkan hatiku duhai Kekasih Hati
Kuatkan semangatku duhai Pujaan Hati
Kuatkan imanku duhai Pengubat Hati
Harapan berakhir kebahagiaan abadi

Amin..

PS: dah..dah..takyah sedey2 lagi..senyum,okay? ^_^

With Love,

2 comments:

nabilah_2908 said...

hmmm...apa la agaknya yg buatkan Ain bersedih...

sabar lah...Allah sentiasa bersama kamu...

Senyum.....walaupun hati kamu sedang menangis.. :)

Aida Azryn said...

xmo la sedih2.. happy ok? *hug*