Tuesday, November 8, 2011

Tips Bangun Qiamullail

Pagi semua! masih ade mood raya lagi ke? aku pun camtuu..mood cuti masih menebal di hati..huuu cane raye? ade yang buat korban tak tahun ni? kalau ade,alhamdulillah.. aku belum berkesempatan buat korban lagi..insyaAllah..di masa yang akan datang.. :) harini aku nak share tips ringkas yang aku dengar pagi tadi..qiam bukan semudah menyebutnya dengan ucapan : Aku nak bangun tahajjud malam ni.. nampak macam simple, tapi bagi aku tips ni sangat2 berguna..

Amalan-amalan memudahkan kita bangun untuk Qiamullail atau solat tahajjud

1) Niat
Kena pasang niat sejak bangun tidur lagi..niat untuk qiam kerana Allah..ikhlaskan hati kerana Allah..

2) Makan
Elakkan makan selepas maghrib..elakkan jugak minum air terlalu banyak sebelum tidur..bila perut dah kenyang, badan dah berat..cane nak bangun di malam hari..tul tak? kalau lapar gak, makan la buah-buahan atau sayur-sayuran..

3) Kerja
Elakkan kerja-kerja berat di siang hari..supaya badan tak terlampau letih untuk bangun di malam hari..

4) Tidur siang
Tidur sekejap sebelum zohor dalam 15-30 minit..tidur sekejap ni umpama sahur di bulan ramadhan..

5) Dosa
Menjauhi dosa yang disengajakan di siang hari..kalau terbuat jugak, istighfar banyak2..taubat cepat2..

6) Bersih
Bersihkan jiwa kita dari sifat2 mazmumah..contoh: dendam, riak, sombong, dengki dan sebagainya..banyakkan berzikir untuk sucikan hati..

7) Alarm
Nak bangun pagi, seharusnya kita kene set alarm..tak kan nak tunggu terjage sendiri..memang sampai lepas subuh pon tak tersedar..kannn....

8) Tidur awal
Tidur dulu sebelum qiam..bangun semula dalam pukul 3/4pagi..bangun tidur..terus wuduk atau mandi..

Selamat beramal..jumpe esok! ^_^

With Love,

2 comments:

nabilah_2908 said...

last bangun malam...masa bulan puasa...lepas tu xde lagi dah..huhu.. :(

ainz said...

Bulan puasa memang badan kita ringan je nak beribadah..yang beratnye adalah istiqamah selepas bulan ramadhan..sangat mencabar..huu