Wednesday, November 9, 2011

Pengisian Qiamullail

Semalam kita dah tengok tips2 untuk memudahkan kita bangun bertajjud..so, ape kita nak buat kalau dah bangun? tak kan nak pegi makan mc D pulak,kan.. >.< harini aku nak share amalan-amalan atau pengisian yang boleh kita buat semasa Qiamullail..

1) Solat
Kita boleh mewarna-warnikan malam kita dengan solat-solat sunat seperti sunat tahajjut, sunat hajat, sunat taubat, sunat tasbih dan sebagainya..kita jugak boleh mengqada' solat-solat yang pernah kita tinggalkan di zaman jahiliah dulu semampu yang boleh..itu lebih afdhal sebab hutang pada Allah swt harus dibayar..kan? jangan lupa, akhirkan solat-solat tersebut dengan solat witir sebagai melengkapkan ibadah anda..

2) Doa
Pada waktu malam, setiap hari..ada saat dimana jika kita berdoa pada Allah, Allah akan terus mengkabulkan doa hambanya..bila tu? 1/3 malam terakhir..saat tu? wallahualam..

3) Membaca alQuran
Waktu tengah malam adalah masa yang membawa ketenangan jiwa dan kekhusyukan di hati..bacalah dengan maknanya sekali..fahamkan..

4) Zikir
Peranan dan hikmah zikir sungguh besar dan luas sekali, sehingga ia boleh menyucikan diri seseorang.apatah lagi jika dilakukan pada 1/3 malam terakhir..

5) Istighfar
Meminta keampunan dari Allah swt..dengan mulut yang beristighfar, fikirkan dosa..bertaubat tidak akan ulanginya lagi..

Bagi yang uzur, kita pun boleh qiamullail..tanda Allah sayang kita orang perempuan ni..cuma kita tak boleh bersolat dan membaca alQuran..justeru, perbanyakkanlah doa, zikirullah dan beristighfar..insyaAllah.. :) selamat beramal!

PS: Topik pagi minggu ni qiam..ya Allah..dah lame tak buat qiam..saje buat entri untuk memperingati diri..harap dapat manfaat bagi yang membace juga.. ^_^

With Love,

3 comments:

Prince Halilintar said...

alhamdulillah...semakin tenang hati klu kite selalu buat qiam ni...prince dah lame xwat ni..mase bln pose je rajin..time2 camni dah mule la malas2..hikhik

ILA HonEyBuNNy said...

terima kasih ain...

peringatan untuk dri ila gak....

Aliesha Kirana said...

thanks kongsi ni ain. AK pun dh lama xqiam. haishh ble nak rajin ni ntah..