Tuesday, July 12, 2011

Berjumpa Ayahda Part I

Dengan takdir Allah swt aku dapat berjumpa dengan lecturer yang rapat dengan aku dan anik di universiti dulu..aku pernah cerita kat korang dulu DI SINI..kami sangat rapat dah macam family sehinga beliau bahasakan diri, ayahda..aku malas nak cerita panjang2 dengan anik..so, aku nak suruh dia bace kat sini je sebahagian dari perbualan kami..sebahagian yang "public" je.. ;)

1030 AM
Ayahda: ain..dalam kul11 saya sampai di lowyat
Aku: awalnya! erk! Bos ada,la encik..tak tau dapat keluar ke idak,ni..saya tak janji,tau! dah keluar nanti baru boleh janji..
Ayahda: tak dapat jumpa pun takpa..nanti kena buang keja pulak!
Aku: baik..

11:30 AM
Aku: saya dah sampai..nak jumpa mana?
Ayahda: kita lepak kat fudcourt ja..
Aku: ok

11:40 AM
Ayahda: ain dah makan belum?
Aku: mestilah belum..hehe..
Ayahda: pilihla nak makan apa..ayahda belanja..
Aku: encik tak makan sekali,ke?
Ayahda: tak..nanti nak makan dengan depa.
Aku: kita minum2 jela..
Ayahda: ehh..tak boleh2..orang nak blanja,jangan tolak rezeki..makan..
Aku: baik!

11:45 AM
Ayahda: dah dekat setahun lebih kita tak jumpa..bila last kita jumpa?
Aku: erm..last saya pegi perlis dengan anik tuuu..bile,ek? *2009, kot..hujung tahun..
(*rujuk entri INI)
Ayahda: aaa..tula na..dah setahun setengah..ain nampak kurus..awat? tak lalu makan,ka?
Aku: kurus??kurus ke? Berat sama ja,encik..maintain ja..tadak pun kurang..
Ayahda: betul..kurus dah! Tadak pipi dah..haha..kenapa?
Aku: kat sini tak berapa lalu makan..sebelum makan bukan main lapar..bila dah mengadap tu..hurmm..jadi tak boleh telan rasanya..dulu kat melaka boleh gak lari2..makan kat umah..
Ayahda: tula..nak masak pon tak sempat,kan..balik pon malam..anik macam mana?anik kurus jugak,ka?
Aku: tula..weekend boleh la masak..anik time mula2 saya jumpa dia..dia gemuk! Maklum,la..dok umah lama..makan je keja..ahaha..sekarang dah normal..
Ayahda: owh! Hati senang,la tuuu..
Aku: hik3..


Bersambung,

2 comments:

ciK LyndaWawa igUana said...

sapa ayahda?huhu

ainz said...

hehe..click pada link merah tu untuk keterangan lebih lanjut... ;)