Friday, July 22, 2011

Bangun Tidur

Salam Jumaat semua..harini kita buat perbincangan ringkas je,ye..seorang ustaz, meminta kami; hadirin majlis ilmu untuk ubah satu je cara hidup kita..dia merayu2.. "tolongla hadirin.. ubahlah cara hidup anda..kadang2 satu kesilapan kecik yang kita buat, mendatangkan banyak musibah dalam hidup kita.." risau tak? risau, kan? okay.. apa yang ustaz ni mintak kita buat adalah:

"Bangun dari tidur..pagi2..ingat Allah swt!"

Senang..simple..pendek je ayat dia..tapi kita tanye pada diri kita..kita buat ke camtu setiap pagi? abih kuat pun bace doa bangun tidur je..pastu dah..kira hutang la..fikir cane nak kaya,la..fikir boyfren dah makan ke belum..gelfren dah tidur ke belum..ahaha! kadang2 bende yang simple camni lah kita susah nak amalkan..sebab kalau korang perasan, 5 minit pertama bangun dari tidur adalah dikawal oleh minda separuh sedar kita..

Apa yang perlu buat bangun dari tidur:
  1. Celik mata, jangan bangun terus
  2. Baca doa bangun tidur
  3. Berterima kasih kepada Allah swt kerana kita masih berpeluang untuk hidup lagi di hari tersebut setelah dimatikan malam sebelum tu.
  4. Mintak diampunkan dosa...bertaubat..
  5. Bersihkan diri, bersihkan hati, bersihkan minda
  6. Listkan ibadah2 yang kita nak buat pada hari tersebut.
Contohnya: "Aku hari ni nak sedekah 50sen dalam tabung surau, la..aku nak sponsor 7 juta untuk pembinaan surau baru kampung aku ni..aku nak call mak aku, nak tanya khabar beliau..aku nak sedekahkan Yasin buat arwah atuk ku yang telah meninggal.."

Jangan sesekali fikir hal dunia..jika kamu fikir dunia, maka Allah akan lepas tangan..pandai2 la sendiri nak cari rezeki camne..pandai2 la sendiri nak hidup macam mana..Allah jugak akan tanamkan 4 musibah dalam hati..yang kita sendiri kadang2 tak perasan:
  1. Dukacita yang berpanjangan
  2. Kesibukan yang tak akan selesai
  3. Kefakiran sampai mati
  4. Angan2 yang tak kan tercapai sampai mati
Sebab tu la kita tengok ade orang yang masalah datang menimpa2..harini sakit, esok hilang duit, lusa isteri lari..pastu kita lihat pulak ade yang sibuk je memanjang..nak solat jemaah tak sempat, nak hadir majlis ilmu tak sempat..nak datang kenduri kawen takde mase..orang yang banyak duit..tapi tak kaya2..dia sentiasa rasa dia miskin..duit dalam bank macam tak cukup je..nak sedekah jauh sekali..tak cukup!

Tengok? disebabkan kesilapan kecik kita, akan mendatangkan musibah yang besar buat kita..kalau kita fikirkan akhirat ketika kita bangun pagi, insyaAllah..Allah akan aturkan perjalanan kita di dunia..tak perlu dah nak risau2..

Ustaz juga ade bercakap..kita hidup di dunia ni..sepatutnya kita rilex..biar harta cari kita, bukan kita cari harta..biar rezeki cari kita, bukan kita cari rezeki..bukan maksud beliau jangan buat ape2..dok rumah je..idakk!kita jalani rutin kita setiap hari..seperti biasa..ikut paksi yang telah diajarkan oleh Rasulullah kita..jangan lupa! bangun pagi, ingat Allah..ingat akhirat..insyaAllah..rezeki akan datang mencari kita.. ;)

PS: Nak senang ingat, tampal poster doa,yek! kan banyak di pasaran...hee.. ;)

With Love,

10 comments:

Aliesha Kirana said...

perkongsian yg best.. insaf AK.. xmo bgun2 terus capai tuala..heehe..muhasabah diri dl, ingat Allah!

ainz said...

Harus bagun awal! Tu point utamanya..kalau bangun lewat, mmg tak dapat apa dah.. ;)

ILA HonEyBuNNy said...

bagus la entry neh...

ila nak bagi seseorg baca la...kena bersukur tiap kali bangon tido kan..ila bangon2 tido ja..pasti senyum dulu...hehe...pastu baru baca 2 doa ila amalkan...;-)

ainz said...

alhamdulillah..ape yangsy tau sy kongsikan..ape yang ila tau, kongsikan..sama2 lah kita beramal.. ;)

:: cikNuurul :: said...

wee,sonok3,..mtvasi hebat d hri jumaat,..bukan tuk hri ni je,tp setiap hari,stiap mase kne ingt Allah,.ni x,CN bgn pagi je,terkebil2 dlu,.hehe,.

thanks for sharing ilmu,..

ainz said...

huhu...sy cuma type balik je ape yg ustaz tu cakap...kalau CN dengar, lagi best! kagum.... ;)

nabilah_2908 said...

senyum sendiri baca entri ni... :)

betul juga tu...bila celik2 mata..adakalanya fikiran merewang menda lain...langsung tak ingt Allah..

terima kasih Ain...tu k perkongsian ni...akan cuba perbaiki dari semasa ke samasa.. :)

ciK LyndaWawa said...

bgs diamaklan ni..mudahan kita mendapat rezeki...entah esok..entah lusa datangnya rezeki tu...rezeki tu nak nampak...

Aida Azryn said...

hehe.. bagus kongsi bab2 ni. :)

ILA HonEyBuNNy said...

okeh..

insyaAllah...sharing is caring kan...ewahh..ayat sutera lak..ehhe