Thursday, June 30, 2011

Berita Gembira

Dari pagi tadi aku nak update blog, tak boleh..nak comment kat blog korang, pun tak boleh..hari ni blogger problem..so, aku pun ikutlah tips Nabilah.. tak boleh jugak!! kedua-dua browser aku pakai...Cik Zilla dan Mr IE..masih tak boleh jugak! dah geram sangat, aku delete semua history dan restart lappy ni..alhamdulillah..akhirnya!! buat masa ni macam ok je aku tengok..bagi Mr IE, la..Cik Zilla tetap dalam keadaan merajuknya..aih!

Untuk meredakan kemarahan yang tengah membuak-buak ni, apa kata kalau aku share berita-berita gembira sepanjang minggu ini dengan korang..entri asik nak sedih..nak emosi, je...bile masa nak happy pulak,kan? huuu...aku sangat happy minggu ni adalah kerana (macam masuk peraduan slogan pulak) :

1) Aku dah konfem

Setelah 3 bulan bekerja, akhirnya aku dah pun dapat confirmation letter.. yeay! sekejap je masa berlalu, kan? rasa macam baru semalam mai kL..tup..tup..dah confirm..syukur alhamdulillah..

2) Kenaikan gaji

Bila dah confirm, mestilah ade kenaikan gaji,betul tak? Gaji aku naik 10%.. alhamdulillah..boleh buat tambah-tambah bayar hutang dan menabung..bukan untuk tambah perbelanjaan, okay! biasa la..sejak dah naik ke status "dewasa" ni, dok fikir macam mana nak setelkan hutang je..shopping tu dah terkebelakang..belakang lagi...dan lagi....... (tercorot, la bak kate orang melayu..)

Tu belum lagi bila dah berkereta.. dengan hutang kereta, duit minyak, insurance, maintenance dan sebagainya haruslah diambik kira..berkereta? bila tu? ahaha! lambat lagi, kot..duit simpanan pun belum nak ada sangat..dan masih belum bersedia untuk komitmen hutang yang besar.. huuu...buat masa ni rela pakai moto je dulu..tak sanggup menambah bebanan hutang lagi..

3) First customer

Malam tadi kebetulan lepas aku balik makan, kak zam ade kat rumah..dia tanya aku boleh ambik sorang customer tak? biasa la..dah nak dekat musim raya ni, dia sendiri tak cukup kaki tangan nak buat keje..dia nak pass kat aku..aku cakap boleh je..(dengan konfidennye! ahaha!)

InsyaAllah aku cuba..selagi tak cuba, selagi tu la tak mulakan..selagi tak mulakan, selagi tu la bermalas-malasn..ape yang cuba? ape yang mulakan? ape yang malas? ape la si ain mengarut ni..errkk!! jangan nak fikir yang bukan2..aku buat keje halal,okay.. ;p

Sebelum ni aku ada pergi kelas jahitan manik..tolonglah percaya..ahaha! ini 1st customer aku, insyaAllah..aku akan buat yang terbaik..bukan untuk dapat duit sampingan je..tapi untuk melatih diri aku ni berdisiplin..


Beads


Jangan nak bermalas-malasan dan keje merayau je time weekend..perabihkan duit..haruslah duduk umah..menjahit.. memasak..baru la jadi wanita sejati.. hoho!

4) Dapat tidur yang nyenyak

Alhamdulillah...semalam..aku tidur lena tanpa kehadiran jam loceng yang membingitkan..


Hanya kerana kau wahai jam!


5) Dapat tengok Lee Min Ho

Setelah kian lama aku menanggung rindu..kali terakhir melihat si dia di Boys Over Flower..akhirnya rindu aku pada boyfren aku yang sorang ni terubat bila semalam bermulanya episode pertama Personal Taste..mempunyai wajah yang comel dengan ketinggian; 187cm...cukup membuat aku terpesona..nak suami tinggi macam Min Ho, boleh? ;p


Comel, kan? ;p

With Love,

5 comments:

ciK LyndaWawa said...

bila nak belanja saya??

ainz said...

datang la sini..heee..klau sy dtg swk,semestinya kamu yg kena blanje.. ;p

Aliesha Kirana said...

alalaalaa..bestnya berita gembira kamu! part yg last tu AK pun suka. hahahaha. akhirnya boleh tgk Lee Min Ho semula. hohoh. lawak la citer tu. hahaha!

sailaaf said...

wah.tahniah.best nye kamu.

lee min ho saya suka jugak..wahhhh

nabilah_2908 said...

tumpang happy sama... :)

eh....tv bape eh...? rindu gak dgn mamat arrogant ni..

tertarik sngt dgn sikap dia dalam cite BOF tu...luaran nampak keras..tp hatinya lembut mcm tisu.. :) :)