Thursday, January 26, 2012

Rasulullah Merindui Kita



Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda:

"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka" ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu...

PS: Sesungguhnya Rasulullah merindui kita..bertuahnya kita, kan? :')

With Love,

10 comments:

nabilah_2908 said...

yupp...kita je adalakalanya tak ingat langsung pada dia...hrumm.. :(

nice sharing dear.. :)

pena rozie said...

rindu jgk...

ainz said...

Nabilah:
Betul tu...setiap kali bace artikel ni, mesti rasa nak nangis..sebab tu sy share ngan korang.. :'(

Rozie:
Rindu,kan...tak lama lagi maulidur rasul..kita nak buat ape,ye? :)

Aliesha Kirana said...

bertuah sgt. tp rasa kerdil je dr ini. btapa dr ini sllu je lupakan dia. ya Rasulullah..maafkan aku...

mari berselawat ramai2. k. ^_^

ainz said...

kita buat ape yang kita mampu dengan sungguh2..tunjukkan kita sayang n cintakan rasul kita..walaupun kita kerdil dan hanya seperti sebutir pasir di pantai,tu tak bermakna keikhlasan kita tak dipandang..insyaAllah..sama2 lah kita beramal.. :)

ciK LyndaWawa said...

saya rindu rasulullah...

Aida Azryn said...

yup.. bertuah sangat..;)

ILA HonEyBuNNy said...

ya ain...masa ila otw g Melaka...ila sembag2 la dgn kanda ttg last sermon baginda untuk kita semua...

pastu kanda lak cerita, cita tentang entry ain neh...mennagis ila dgr tau...

bila baca entry neh..ila teringat kanda cerita tu...;)

Mr X said...

Point Rasulullah sgt hebat..

Kita bertuah dilahirkan dalam keluarga Islam. Bayangkan mereka yang dilahirkan bukan Islam tapi akhirnya memeluk Islam...mereka ini sangat hebat. Dan bayangkan jika kita dilahirkan dalam keluarga bukan Islam, adakah kita cukup hebat untuk memahami Islam adalah agama yang benar? Masya Allah

Aida Azryn said...

bila nak update blog lagi ni? :P