Wednesday, September 28, 2011

Apa perlu aku buat... :(

Dia..adalah kawan baik aku..kami rapat sejak aku berhenti kerja di Melaka dulu..siapa yang sentiasa memberi semangat padaku ketika aku memerlukan?? Dia salah sorang dari mereka2 yang selalu menemani hari2 aku..tak jemu mendengar keluhan aku..tak berhenti2 menasihati aku..

Ketika si dia meninggalkan aku camtu je..ketika si dia buat aku macam sampah..sape yang kutip aku??dia..dia yang kutip aku..dia yang tarik aku dari jatuh dalam kegelapan..tangis aku..sakit aku..kami berkongsi bersama..tak pernah pun perkataan 'jemu' terkeluar dari mulutnya..

Ketika ini, dia seakan2 putus harapan..bila dia tau aku dah bertemu dengan someone, dia menjadi lebih tertekan..mungkin dia anggap yang aku akan tinggalkan dia..aku cuba temani dia..aku cuba berada di sisi nya..aku cuba memberi nasihat..pendapat..

Tapi...

Apa yang aku buat, seolah-olah membuatkan dia bertambah teruk dan sakit..sampai satu hari..dia cakap yang dia tak nak aku amik tau pasal dia..dia tak nak berjumpa dengan aku dan bercakap dengan aku lagi..sebab semua ni..akan membuatkan dia bertambah sakit lagi..dia nak aku tinggalkan dia sendiri..

Apa yang perlu aku buat..aku macam orang dah hilang akal kadang2..fikirkan dia..sakit kalau kita yang sedih..tapi bertambah sakit kalau kita tak mampu buat ape2 untuk menyenangkan sahabat..ya Allah..teruknya aku..

PS: Kadang2 diam itu lebih baik...bersabarlah wahai hati...hmmm...

With Love,

6 comments:

Cik Amni said...

kalau sayang dia, lepaskan dia.. jangan amik tau pasal dia.. itu lebih baik untuk dia.. sekrang mungkin sakit... tapi nanti insha allah dia akan slowly baik...

apapun, ain boleh recover dari sakit dulu bukan sebab dia.. tapi sebab Allah yang baik hati ain slowly sembuh...

makin ain baik dengan dia.. makin itu akan buat dia sakit.. betul ni..

dan kalaulah ain terima dia suatu hari, mungkin dia akan anggap ain just kesian kat dia....

apapun, all the best!

ainz said...

Thanks Amni..btul cakap awak..mungkin dia hanya salah stu penyebab o medium sahaja..Allah yang sembuhkan luka saya dulu..

Allah maha penyayang..sy yakin dia akan bertemu dengan someone yang boleh menjaga dia..dunia akhirat..insyaAllah..

PS: actually..dia adalah seorang perempuan..hee.. ;)

nabilah_2908 said...

la...perempuan ke..

kalau sy tak baca komen Ain..sure sy anngap sahabt tu lelaki...huhu..

kenapa dia nak sakit pula..patutnya dia tumpang gembira la dengan Ain...tul tak..?

betul la kata Amni..ikut lah kehendak dia...tp dalam masa yg sma...cuba la lihat dia dari jauh...tanya kabar dia dari kawan2 yg lain ke..? :)

ainz said...

sebenarnye dia sangat manje,nabilah...huhu...dan dia banyak kali dikecewakan dengan insan yang bernama lelaki..

kesian,kan...saya harap dia cepat2 cool down...sebab weekend ni sy nak try ajak dia datang kL..nak buat coklat same2..harap2 itu boleh buat dia hepi balik.. :)

PS: biase la orang pmpn ni...mulut je cakap TAK NAK...dalam hati nak kita pujuk dia..kan3? ;p

Anonymous said...

just drop by to give some opinion...

maybe dia pernah melalui terlalu banyak pengalaman hidup yang buruk yang menjadikan dia seorang yang traumatik n pesimis. cuba ain dekati dia, selami diri dia secara perlahan-lahan.. mungkin dia perlukan masa untuk mempercayai orang lain. sbb bagi sy, menjauhi dia akn memburukkan lagi keadaan kerana dia sedang down and sedang melalui semuanya berseorangan..

maaf nabilah, sy tak setuju dengan pendapat awk.. i dont think she's not happy, mesti ada sebab kenapa dia berasa sakit bila mana ain sudah punyai someone. that's why sy berpendapat supaya ain jangan leave her alone. maybe she was in the situation dimana dia sgt2 perlukan someone disisi dia tapi dia takut nak mempercayai orang lain. so, just accompany dia and give her time utk diri dia.

thats all.. maaf ye nyibuk dlm blog ni secara tiba2 :)

ainz said...

Its ok..thanks for the opinion,anyway.. :)