Wednesday, November 17, 2010

AidilAdha 1431

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua bloggers dan silent readers Everything About Life..



Kesempatan ini, ain nak berkongsi amalan yang dianjurkan ke atas kita pada bulan yang mulia ini.

1. Menunaikan haji dan umrah

Sebaik-baiknya amalan adalah menunaikan haji dan umrah. Haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga.

2. Berpuasa

Sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosanya selama 2 tahun. Hari Arafah adalah hari di mana Allah telah menyempurnakan agama-Nya.

Diriwayatkan oleh Hunaydah Ibn Khaalid oleh isterinya, bahawa salah seorang dari isteri Rasulullah saw telah berkata:

"Rasulullah saw kebiasaannya berpuasa pada 9 hari pertama Zulhijjah dan hari Asyura, dan pada 3 hari pada setiap bulan, hari Isnin pertama pada setiap bulan dan 2 hari Khamis."


Riwayat al-Nasaa'i, 4 /205 dan Abu Daud; dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albaani dalam Sahih Abi Daud, 2 /462.

3. Berzikir

Adalah sunnah supaya kita berzikir takbir (Allahu Akbar), tahmid ( Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Illallah) dan tasbih (Subhanallah) pada 10 hari pertama Zulhijjah.

Firman Allah SWT: "Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak." (Surah Al-Hajj 22 :28)


Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut.Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

4. Bertaubat

Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa supaya mendapat keampunan dan rahmat Allah . Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh

Terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, mendekatkan diri kepada-Nya dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah swt jika dibandingkan pada hari-hari lain.

6. Bertakbir

Pada hari Aidil Adha bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

7. Melakukan korban (menyembelih binatang ternakan)

Pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11 , 12 dan 13 Zulhijjah) dan membelanjakan harta pada korban tersebut semata-mata kerana Allah. Kemudian disedekahkan 2 /3 daripadanya kepada kaum fakir dan miskin.

"Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir." (Surah Al-Hajj 22 :28)


8. Solat Aidil Adha di masjid dan mendengar khutbah..

Berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah , menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan di sebalik Hari raya Aidiladha ini. Jika sebelum ini kita hanya meraikannya tanpa merasa apa-apa, maka kali ini biarlah kita merayakannya dengan perasaan dan keazaman untuk sentiasa sedia berkorban dalam apa jua keadaan demi menegakkan agama Allah.

PS: ade lagi tak yang tertinggal?korang tambahkan,ye.. :)


Tak sabar nak makan ketupat!

15 comments:

HonEyBuNNy said...

salam aidil adha..thanks ain ats info neh..

PIDUT ASiS said...

camat ari raya aidiladha ainz... XD

mR.sYaH said...

selamat hari raya korban ain..

nas said...

Selamat menyambut aidiladha ea ain..
erm....insya-Allah..akan aku amalkan nombor 3-5 dan 8....dengar khutbah sudah la..hrm..kalau nak melakukan korban tu susah sket~


latest entri:

Gangguan seksual yang Korang Perlu Tau

ciK LyndaWawa igUana said...

LyndaWawa bgth....

selamat hari raya jugak..

ainz said...

Ila:
Welcome!sama2lah kita muhasabah diri..tingkatkan ibadah,kurangkan maksiat.. :)

Pidut:
Selamat hari raye, pidut!

ainz said...

Syah:
Selamat hari raye,syah!

Nas:
InsyaAllah satu hari nanti..kalau dah berkemampuan,kita tumbangkan lah seko..xdpt lembu, kambin pun jd la..hee..

Wawa:
Selamat hari raye, wawa!

ciK LyndaWawa igUana said...

LyndaWawa mintak rendang!!!

tak kesian kat LyndaWawa yang tak balik tu ke?wuwuwuw

ainz said...

Tak balik pun,rendang dari kg sampai jugak dalam perut,kn? ;p

nabilah_2908 said...

salam aidiladha ain... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AIDILADHA 1431H - PART 1

hamzah ian said...

salam hari raya kepada kamu

ciK LyndaWawa igUana said...

tak dapatle....=(

semalam makan kep c je.....huhu

Pencacai Alim said...

ain byk mkn lembu?

Anna Boleyn said...

elamat hari raya aidil adha ain.. :)

Anonymous said...

I love browsing your blog because you can constantly get us fresh and cool stuff, I think that I ought to at least say thanks for your hard work.

- Henry