Friday, September 3, 2010

Memori Part II

Asron..ingat tak lagu ni..Asron suke sangat lagu ni,kan..kita dengar same2 dalam bas masa perjalanan balik dari Hatyai ke Perlis..terima kasih sebab temankan ain berborak masa tu..kalau tak,mesti ain dah boring.. :)

Doa Perpisahan - Brothers

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini
Teruskan Perjuangan

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu..

Penang Hill menyaksikan ketulusan persahabatan kita

Sahabatku...
Ain terlalu merindui kamu semua..lama sungguh kita tak bersemuka..di Perlis kita berjumpa..di Koh Samui dan Penang kita melakar kenangan terindah..di Kerajang Emas, Padang Besar kita berpisah..ain terbayang air mate kita berempat menitis di kala perpisahan..tak dapat nak digambarkan betapa sebaknya hati ain tika itu..bolehkah kita berjumpa lagi..?

Walaupun ikatan persahabatan baru terjalin tak sampai sebulan, namun kita berempat dah rapat..macam adik beradik..bersembang.. bergurau senda..bagaikan dah bertahun2 mengenali antara satu sama lain..ramai mata2 yang memandang pelik ke arah kita.."Amboi..mesranyee diorang nih.." Mungkin ayat tu yang terpacul dalam hati mereka..ya Allah..sungguh manis tika itu..persahabatan terjalin keranaMu..

Alhamdulillah ain dan Marina baik sahaja di sini..ain sibuk bloging..hee..Marina pulak sibuk dengan kerjayanye sebagai product designer..memang sesuai kerja tu dengan minat melukisnya..ain selalu jugak berhubung dengan dia di facebook..khabar kamu berdua je yang jarang kedengaran..

Apalah agaknya khabar kamu berdua di sana..bagaimanakah suasana Ramadhan di sana?sihat atau tidak kamu berdua?sudah berpasangankah kamu?sudah bekerjayakah kamu?semoga Allah sentiasa melindungi kamu berdua di sana..hanya email Hanna menjadi mengubat rinduku..itu pun entah berapa kali je kita berhubung..ain faham kamu susah online di sana..Asron pula langsung tidak membalas..Hanna pernah beritahu..Asron tak fasih menulis dalam rumi..tak mengapalah..asalkan kamu berdua dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah swt..

Hanna n Ain

Asron n Marina


Ps: Sekali persahabatan terjalin, akan terikat buat selamanya...


Yang merindu..

4 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

lagu ni pernah menjadi kesukaan gua dulu..ceh

nabilah_2908 said...

owh...lagu ni...kalau sy dgr pun meleleh air mata...

sure tringt kawan2.. :)

selamt mengecat rumah...thun ni rumah colour apa..? ;)

ILA HonEyBuNNy said...

salam..ila suka lagu neh....kita sahabat jugak kn...he2

ainz said...

Brutal solo,
Hehe..same la kita..

Nabilah,
Betul3..memang sayu dengar lagu ni..hurm..ain tak cat satu umah pun..bahagian dapur kale putih..then,bilik ain kale krim..tu je.. :)

Ila,
Mestilah kita sahabat! sayang ila,tau.. :)