Wednesday, April 7, 2010

Sakit Kepala : Cara mencegah dan mengubatinya

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..arini kita akan membincangkan topik sakit kepala..topik ni aku nk bincangkan sebab aku dah 2mggu (termasuk mggu ni) mengalami sakit kepala..kejap-kejap dia ilang..pastu datang balik..aku pn dah letih melayan kerenah kepala aku ni..so,aku just ignore n buat kje cm biase..boleh ke?? huhu..mmg la xle..cane nk ignore kalo sakit kepala ni slalu menganggu aku time aku nak berfikir..dah le exam semakin dekat..doakan aku cepat sembuh,ye.. :) trime kasih banyak2..jase korang sume hanya Allah je yang dapat membalasnya..

Berbalik kepada perkara asal iaitu sakit kepala..sakit kepala ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti :

1. Ketegangan
- Ketegangan iaitu stress adalah salah satu penyebab kepada sakit kepala. Keadaan ini berlaku apabila seseorang individu tidak bijak dalam mengurus dan mengendalikan masalah.

2. Pemakanan
- Pengambilan makanan yang mengandungi Monosodium Glumate iaitu MSG, kafein dan alkohol.

3. Penyakit Metabolik
- Kekurangan gula atau darah dalam tubuh badan
- Kegagalan fungsi ginjal atau hati.

Sekarang kita dah tau penyebabnye..kat bawah ni aku listkan cane nk ubati atau mengelakan gejala ni:
  1. Berehat seketika dengan berbaring. Baring di atas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. Ia bukan sahaja dapat meredakan sakit kepala yang teruk malah dipercayai dapat mengelakkan migrain.
  2. Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
  3. Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh meambahkan lagi sakit kepala.
  4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala itu. Tekapkan pada mata seketika.
  5. Jika masih tidak reda, cuba guna air suam. Basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam.
  6. Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan.
Tambahan di sini aku nk share 1 doa yang boleh kita amalkan jika mengalami sakit kepala.

Sekian..Wassalam.. :)

Rujukan:
Info Sihat
Risalah Kesihatan UKKP UniMAP

No comments: