Friday, October 9, 2009

Waktu mustajab berdoa

Salam Jumaat..
Disebabkan hrni ari jumaat, aku nk post bende2 yang berfaedah ntk sume Muslimin n Muslimat mengamalkannye..kalau nk kan sesuatu dr Allah, kita haruslah berdoa bersungguh2, berusaha bersungguh2 dan yakin yang Allah maha pemurah.
.tawakal tu penting dalam kehidupan seharian..kat cni,aku nk senaraikan waktu2 mustajab ntk korang berdoa:
  • Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda.
"Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" .
(Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)
  • Ketika Berbuka Puasa (Bagi Orang Yang Berpuasa)
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda.
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak".
(Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)
  • Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah SAW ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda SAW menjawab.
"Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).
  • Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda.
"Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk".
(Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Solat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672)
  • Sesaat ketika Hari Jumaat
Dari Abu Hurairah RA bahawa Abul Qasim SAW bersabda.
"Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut".
(Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)
  • Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari (Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berzikir Kepada Allah)
Dari 'Amr bin 'Anbasah RA bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" .
(Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)
  • Doa Di antara Adzan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda.
"Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah".
(Sunan Abu Daud, kitab Solat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Solat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)
  • Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Solat
Dari Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda.
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan".
(Shahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)
  • Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a'ad RA bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan".
(Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).
  • Ketika Saat Ajal Tiba
Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan baginda saw mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu baginda saw memejamkannya kemudian bersabda.
"Sesungguhnya tatkala roh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda saw bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan".
(Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)
  • Ketika Lailatul Qadar
Allah SWT berfirman.
"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)
  • Doa Ketika Hari Arafah
Dari 'Amr bin Syu'aib RA dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi SAW bersabda.
"Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Semoga harini lebih baik dari semalam dan hari berikutnye lebih baik dr hr2 yang sebelum nye..wassalam.. :)

3 comments:

eL said...

usaha, doa, tawakal~

ainz said...

pg ni hujan lagi..hujan rahmat..

Anonymous said...

patutnya tawakal dulu... serah diri bulat2 ngan allah.. pastu, doa dan usaha sama2... ikt kata hati paling dalam... =)