Showing posts with label Healthy. Show all posts
Showing posts with label Healthy. Show all posts

Friday, October 21, 2011

BMI

Aku: BMI awk berapa?
Kawan1: entah..tak ingat,la..
Aku: meh bagi berat dan tinggi..
Kawan1: tinggi saya 173 berat 70
Aku: waaaaaaaa...tipuuu tinggi awak 173..
Kawan1: betul,la..ukur time ujian fizikal polis aritu..hehe..
Aku: lagi tinggi dari sy..memang tak caye..jap sy kira..
Kawan1: berapa,ain? dah nak dekat obes sy rasa..
Aku: 23.7 wahahahaha...hampir2 overweight.. :p
Kawan1: huhuhu..awak berapa?
Aku: saya 20..
Kawan1: aaaa..kan dah cakap,awak kurusss..
Aku: normal,laaa..mane ade kuruss.. :p

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kawan2: dah makan,ain?
Aku: baru je lepas makan..makan megi je..malas nak turun..
Kawan2: megi je?? makan la banyak sikit..kasi berisi sikit,ain...
Aku: laaaaa...tak cukup berisi ke sy ni?? huhuhu
Kawan2: takk..sebab ain tinggi..
Aku: awak lagi kurus,kot!
Kawan2: ahahaha..takde,la..standard size,la ain...BMI pun cukup2 jee..
Aku: BMI awk berapa?
Kawan2: 22..ain?
Aku: laaaa...yeke..sy ingat BMI awak 18.. :p saya 20..huuu..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Aku: weh..BMI ko berapa?
Hosmet: entah,la...dalam 18/19 camtu..
Aku: waahhh..sikit lagi nak underweight..
Hosmet: tulaa..setiap kali aku balik kampung, mesti mak aku cakap aku dah kurus..pelik aku..
Aku: homesick,ni...tu yang berat badan menurun..tulaaaa...aku ajak balik kampung tak nakkk!
Hosmet: bukan taknakkk..asik kene keje hari sabtu jeee..

Cakap lagi pasal berat badan.. haiyooo...tak abis2 lagi, ye cik ain? huhu..suke je kira BMI (Body Mass Index) orang..memang takde keje..cane nak kira BMI? Rasenya cam ramai je dah tau..takpe..jom kita tengok cane..pastu boleh kira BMI sendiri..kan3? ;)


Rujukan:
Korang boleh kira kat sini : BMI calculator

PS: BMI korang berapa?

With Love,

Thursday, October 20, 2011

Diet

Kawan: ain..tak ya la diet..nanti tak comel,la..takde pipi..ahaha..
Aku: biarla sy nak diet..bukan untuk kurus je..untuk kesihatan sekali..
Kawan: awak tu dah la gastrik..nanti tak makan sakit perut pulak..
Aku: bukan tak makan terus,laaa..kurangkan makan je..pastu exercise..
Kawan: nanti kene beli seluar baru..
Aku: huhu..pakai je tali pinggang.. :p

Hosmet: ain..makan nasi meh..
Aku: takpe,la..aku makan roti je..
Hosmet: laaaa..awat makan roti je cek! lauk ade tuu.. tahan pulak perut ko tak makan nasi nanti..
Aku: mula2 memang la tak tahan..lame2 biase la..macam bulan puasa..time buka pun makan sikit,boleh kan?

Aku: errr..lagi saya diet,lagi saya rase nak makan banyak..huuu..
Jeena: u diet? kenapa??
Aku: nak kurus,laaa...
Jeena: u?? nak kurus??? ya ampunnnnnn...kurus cane lagi u nak..nanti jadi kerempeng, baru tauuuu..

Pastu bace pulak entri nabilah : GEMUK ITU CANTIK huhuhu...kenapa cam ramai je tak support aku nak diet,ni? tak salah, kan kalau diet seimbang..kurangkan makan..exercise..itulah yang sepatutnya..kan3? eeeee...tak kira..nak gak! target 5 kg aku harus diteruskan..aku kena kuat semangat..aku boleh..yakin boleh!! jadikan Iwan sumber inspirasi anda...psstt..Iwan (sepupu aku tuuu) dah kurus,taw!!



PS: aku kurus,heh? XD

With Love,

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday [18] : Potong Kuku



PS: Jangan gigit kuku anda..

With Love,

Wednesday, April 7, 2010

Sakit Kepala : Cara mencegah dan mengubatinya

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..arini kita akan membincangkan topik sakit kepala..topik ni aku nk bincangkan sebab aku dah 2mggu (termasuk mggu ni) mengalami sakit kepala..kejap-kejap dia ilang..pastu datang balik..aku pn dah letih melayan kerenah kepala aku ni..so,aku just ignore n buat kje cm biase..boleh ke?? huhu..mmg la xle..cane nk ignore kalo sakit kepala ni slalu menganggu aku time aku nak berfikir..dah le exam semakin dekat..doakan aku cepat sembuh,ye.. :) trime kasih banyak2..jase korang sume hanya Allah je yang dapat membalasnya..

Berbalik kepada perkara asal iaitu sakit kepala..sakit kepala ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti :

1. Ketegangan
- Ketegangan iaitu stress adalah salah satu penyebab kepada sakit kepala. Keadaan ini berlaku apabila seseorang individu tidak bijak dalam mengurus dan mengendalikan masalah.

2. Pemakanan
- Pengambilan makanan yang mengandungi Monosodium Glumate iaitu MSG, kafein dan alkohol.

3. Penyakit Metabolik
- Kekurangan gula atau darah dalam tubuh badan
- Kegagalan fungsi ginjal atau hati.

Sekarang kita dah tau penyebabnye..kat bawah ni aku listkan cane nk ubati atau mengelakan gejala ni:
  1. Berehat seketika dengan berbaring. Baring di atas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. Ia bukan sahaja dapat meredakan sakit kepala yang teruk malah dipercayai dapat mengelakkan migrain.
  2. Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
  3. Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh meambahkan lagi sakit kepala.
  4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala itu. Tekapkan pada mata seketika.
  5. Jika masih tidak reda, cuba guna air suam. Basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam.
  6. Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan.
Tambahan di sini aku nk share 1 doa yang boleh kita amalkan jika mengalami sakit kepala.

Sekian..Wassalam.. :)

Rujukan:
Info Sihat
Risalah Kesihatan UKKP UniMAP